Home New Post “Saya Tidak Beritahu Siapa Pun..” – Zara Zya Cerita Hal Sebenar Hubungan...

“Saya Tidak Beritahu Siapa Pun..” – Zara Zya Cerita Hal Sebenar Hubungan Dengan Shuib Sepahtu

0

Zainurul Razia Mohd Zainuddin atau dikenali sebagai Zara Zya merupakan seorang pelakon, pengacara dan penyanyi wanita Malaysia. Beliau dilahirkan pada 22 Oktober tahun 1985, berasal dari Perak. Zara Zya terkenal menerusi lakonannya dalam drama Love You Mr. Arrogant yang digandingkan bersama Azlee Khairi.

Screenshot 2023 05 23 142522

Sebelum ini, Zara Zya pernah ditular mengenai hubungannya dengan seorang pelawak yang dikenali ramai iaitu Shuib. Di mana mereka berdua sering membuat video klip bersama dan mempromosi produk minuman BubbleBee yang diperoleh oleh Shuib sendiri.

Baru-baru ini, Zara Zya akui bahawa beliau juga turut tempias disebalik berita pertunangan Shuib bersama Watie Hanifah. Zara juga menegaskan tidak pernah timbul sebarang hubungan cinta antara mereka, sebaliknya sekadar gimik sempena produk minuman yang diusahakan mereka.

Screenshot 2023 05 23 142022

Zara turut mengatakan, ada juga segelintir netizen yang cuba menjodohkan beliau dan pelawak tersebut. Beliau juga menegaskan bahawa hubungan mereka berdua tidak mempunyai apa-apa, seperti yang orang tahu sekadar konten bisnes sahaja.

“Saya tidak beritahu siapa pun, tiada siapa yang tahu. Jangan terlalu syok sangat hendak mengaturkan kita punya kehidupan” Kata Zara Zya

Screenshot 2023 05 23 141241

Pada 6 Mei yang lalu, Shuib telah mengikat tali pertunangan dengan seorang usahawan iaitu Watie Hanifah dalam majlis tertutup di kediaman Watie. Serta akan melangsungkan pernikahan pada 23 Jun 2023 akan datang.

Lihat apa kata orang ramai mengenai hubungan Zara Zya dan Shuib:

Muhammad Najih: Alhamdulillah. ade la peluang saya ye zara. peluang ade. cuma duit je yg xde

Azieyla: Kalau ada pun apalah salahnya sama² singlekan.

Syah Fendi: X pernah ke atau x mungkin? Friendzone siap2… tallDark&Handsome

Dahalan: Apa salahnya,shuib bertunang jerr bkn kawin lgi. peluang masih terbuka.. whatsapp cepat, sempat lg.. dri ggit jari haha

Airie: memang la..taste shuib janda..bukan anak dara..

Watie: Kan Shuib dah tunang ngan Watie..Kou orng ni pn…nnti kcik ati Watie tau .

Chalon: Ara pandai jaga diri dh cukup baik bgi kami peminat2..Nnti apo2hal call yer.

Ainol: Apelagi..sondollll lah…biar semua pompuan meroyan

Zan Wan: Ada peluang lagi ni, Cuma duit sy yg x da

PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Harian Metro