Home Entertainment “Saya Tidak Tahu Keadaan Lutut Saya Teruk”, Donghae Super Junior Berjaya Melakukan...

“Saya Tidak Tahu Keadaan Lutut Saya Teruk”, Donghae Super Junior Berjaya Melakukan Pembedahan Lutut

0

Anggota kumpulan K-Pop Super Junior, Lee Donghae selamat menjalani pembedahan lutut. Berita itu dimaklumkan sendiri oleh Donghae menerusi posting terbaharu di akaun Instagram miliknya.

unnamed 24
Menurut Donghae, dia sendiri tidak tahu kondisi lututnya agak teruk. “Saya tidak tahu lutut saya sebegini teruk. Doktor ada memberitahu yang saya berkemungkinan perlu membuat pembedahan.

Saya tidak kisah sekiranya saya berseorangan tetapi memikirkan saya mungkin menjadi beban kepada anggota lain jadi saya buat keputusan untuk melakukannya.

WhatsApp Image 2022 01 19 at 11.49.52 AM

Saya juga harus menjaga diri dengan lebih baik dan menunjukkan imej yang bagus,” tulisnya.

Tambah Donghae lagi, peminat tidak perlu bimbang kerana dia kini dalam proses pemulihan. “Pembedahan berjaya dilakukan dan terima kasih atas da anda semua. Harap saya dapat kembali dengan sihat dan kin sedang dalam proses pemulihan,” coretnya.

5f9049612dfdfa6ebbc7f91f2944cb14
Terdahulu, dalam sidang media Super Junior D&E penghujung November lalu Donghae mendedahkan mengalami masalah lutut.

Sumber: Gempak