Home Kdrama/Kmovie SBS Dedahkan Durasi Episod Akhir Connection Dipanjangkan, “100 Minit yang Istimewa”

SBS Dedahkan Durasi Episod Akhir Connection Dipanjangkan, “100 Minit yang Istimewa”

0

Drama Korea thriller jenayah popular iaitu Connection yang dibintangi oleh Ji Sung dan Jeon Mi Do akan berakhir tidak lama lagi.

Siri ini akan melabuhkan tirai dengan tayangan episod akhir (episod 14) di SBS TV, pada hari Sabtu, 6 Julai 2024 nanti.

1df83f6d 2eca 4278 9848 3ef42c6aaa0f

Episod 12 bagi drama Connection berakhir dengan kejutan yang tidak dijangka dengan kematian salah seorang dari 4 sekawan yang menjadi suspek pembunuhan Jun Seo. Sejak pengakhiran episod 12, para peminat tidak sabar menunggu tayangan untuk episod finale.

Menurut laporan oleh News En, episod 14 (akhir) Connection telah mendapat masa tayangan lanjutan untuk memastikan pengakhiran yang memuaskan bagi jalan cerita yang mendebarkan.

Sambungan Kdrama episod 14 masa tayangan di SBS didedahkan

Connection

Laporan tersebut menyatakan bahawa Kdrama yang sedang ongoing ini akan mempunyai masa tayangan lanjutan di SBS TV untuk episod akhirnya. Mengikut berita, episod 14 akan menjadi ” 100 minit yang istimewa”.

Rangkaian SBS TV baru-baru ini telah membuat hantaran Instagram baru mengenai perkembangan terkini Kdrama tersebut. Pihak SBS mendedahkan tentang masa tayangan episod 14 (akhir). Episod akhir tersebut akan disiarkan pada pukul 9:40 malam di SBS TV, pada hari Sabtu, 6 Julai 2024. Para penonton bakal menyaksikan sebuah pentup yang tidak akan dilupakan dan pasti akan bermain dengan emosi dalam tayangan episod akhir nanti.

Kdrama Connection berkisar tentang seorang detektif berkemahiran tinggi di Jabatan Anti Dadah Balai Polis Anhyeon iaitu Jang Jae Kyeong. Drama ini juga fokus kepada kisah seorang wartawan berita tempatan untuk Akhbar Harian Ekonomi Anhyeon iaitu Oh Yoon Jin.

Baca lagi: Ji Sung Akui Sukar Bawa Watak Detektif Penagih Dadah dalam Kdrama Baru “Connection”
2c96a64d e521 4ff6 b655 5f450582386aBarisan pelakon utama Kdrama ini adalah termasuk Ji Sung sebagai Jang Jae Kyeong, Jeon Mi Do sebagai Oh Yoon Jin, Kwon Yool sebagai Park Tae Jin, Kim Kyung Nam sebagai Won Jong Soo dan Jung Soon Won sebagai Heo Joo Song. Beberapa orang pelakon pembantu lain adalah Jung Yoo-Min, Moon Sung-Geun, Yoon Na-Moo, Cha Yub, Lee Kang-Wook dan ramai lagi.

Jangan lupa untuk menonton Connection episod 14 (akhir) di SBS TV, pada hari Sabtu, 6 Julai 2024, jam 9:40 malam.

Baca lagi: 16 Drama Korea Popular Lakonan Lee Jung Eun, Rating Tinggi dan Terbaru Ada Miss Night and Day
Baca juga: Lee Kang Wook Berjaya Bawa Watak Jahat Paling Dibenci dalam Connection

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here