Home Video Sebab Tak Jaga Jarak, Rakaman Rider Terjatuh Raih Perhatian Ramai

Sebab Tak Jaga Jarak, Rakaman Rider Terjatuh Raih Perhatian Ramai

0

Banyak kes di mana rider yang terjatuh disebabkan tidak menjaga jarak antara kereta di hadapan. Tidak kisahlah pemandu kereta atau penunggang motosikal sekalipun, penjagaan jarak adalah sangat penting bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini daripada berlaku.

Menerusi klip rakaman dashcam yang tular di tiktok @neezadahalan, dapat dilihat situasi seorang rider di hadapan yang terjatuh kerana melanggar belakang kereta di hadapannya itu. Situasi ketika itu berlaku di hadapan lampu isyarat di mana ketika itu terdapat beberapa orang yang sedang melintas jalan dan lampu sedang menunjukkan merah. Di ruangan komen ramai yang memberikan anadaian mereka sendiri dan mengatakan motor tersebut tidak menjaga jarak kerana dapat dilihat motor tersebut sangat dekat dengan kereta di hadapannya itu.

“Macam mana pun yang hentam belakang tetap salah, sebab tak jaga jarak, kalau jaga jarak dia brek mengejut pun belakang sempat brek kalau jaga jarak”

“break mengejut bukan isu, yg penting jaga jarak, alert dgn persekitaran dan jgn memecut kawasan bandar/padat.
insuran motor tak boleh claim. naya pak”

Difahamkan rider tersebut selamat dan tiada kecederaan yang serius.

Malang tak berbau. Alhamdulillah selamat . Selalu tgk dashcam orang tapi kejadian ni di rakam dari dashcam sendiri

Baca juga : Akibat Bawa Motor Sambil Main Telefon, Rakaman Rider Wanita Ini Terjatuh Raih Perhatian

Baca juga : Akibat Menyelit Tak Kena Tempat, Rakaman Penunggang Motosikal Terjatuh Raih Perhatian

Lihat klip rakaman daashcam di instagram :

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @rosebirumediacom

Lihat juga komen netizen :

@aeron : benda merah pun jalan kan, dah jadi kebiasaan dengan mindset ” ouh takde apa, ouh biasanya clear je “

@nzamrzak : susah sgt ker nak tekan brake…. harap2 jpj buat operasi besar2an utk motor ni yg langgar merah… saman jer rm10k.

@aniel.aabu : Situ jarang la nk lampu merah.Kete tu nak langgar lampu isyarat.terkejut brek mengejut sebab ada org melintas

@tt115522 : laluan lintasan jln kaki bahaya sekarang..takleh caya sangat..

@AidahZawawi : Allahuakbar…sib baik x der kecederaan yg serious kat penungang motosikal tu

@Jo : traffic light tu baru buat. mungkin abang tu taktahu dah ada traffic light kat situ

@Efrzxn’s : Traffic light ni dah lama cuma jarang merah sbb jrg org melintas. Sbb tu kebanyakkan org straight je

@MohdHerman : Biasa boleh langgar lampu merah, hari ni depan ade kereta berhenti pulak

PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber : Tiktok dan Instagram