Home Entertainment ‘Secret Newsroom’ Dedah Kediaman Mewah Dan Pendapatan Pengiklanan Kim Soo-hyun

‘Secret Newsroom’ Dedah Kediaman Mewah Dan Pendapatan Pengiklanan Kim Soo-hyun

0

“Anggaran pendapatan pengiklanan untuk setahun sahaja sudah 50 bilion won.” kata pengacara rancangan temu bual hiburan Korea, ‘Secret Newsroom’ baru-baru ini.

Pendapatan pengiklanan siapakah yang diperkatakan itu? Menerusi rancangan TV pagi itu, mereka berbual dan mengeluarkan cerita tentang aktor termahal Korea, Kim Soo-hyun.

Apabila membuat carian tentang Kim Soo-hyun di internet, kata kunci berkaitan tentang pelakon tersebut yang sering ditemui adalah “Young & Rich“, “Seongsu-dong Landmark Apartment“, dan “500 juta won setiap episod“.

aaaa

Kim Soo-hyun turut didapati tinggal di kawasan kediaman elit Galleria Foret di Seongsu-dong, Seongdong-gu, Seoul. Pemandangan Hutan Seoul dan Sungai Han boleh dilihat dari bangunan apartmen kediamannya.

Penangan Kim Soo Hyun bukan biasa-biasa kerana The Korea Herald melaporkan dua wanita kaya dari keluarga konglomerat di China sanggup beli apartmen di bangunan sama bagi berjiran dengan pelakon tersebut.

Terdapat lif peribadi khusus disediakan untuk VVIP, tidak hairanlah mengapa apartmen ini turut menjadi pilihan orang kuat industri K-pop seperti penyanyi Insooni, Ketua Pegawai Eksekutif SM Entertainment Lee Soo-man. Tambahan pula, G-Dragon pernah tinggal di apartmen ini dulu.

Pada 2013, Kim Soo-hyun pernah membeli sebuah apartmen dengan harga 4.02 bilion won. Setahun kemudian dia membeli sebuah lagi di bangunan sama yang menelan belanja 3.02 bilion won. Harga terkini di pasaran melonjak sehingga 9.5 bilion won, membuatkan semua orang terkejut.

Dulu Kim Soo-hyun pernah berkata bahawa dia telah lama tinggal bersama keluarga di rumah sewa secara bulanan selama 20 tahun. Orang ramai tersentuh bila dengar dia kata hasratnya tercapai bila dapat menghadiahkan ibunya rumah yang lebih baik.

Bukan sahaja rumah, hasil pengiklanan Kim Soo-hyun turut menjadi topik dalam rancangan temu bual tersebut. Sejurus selepas muncul dalam ‘Moon Embracing the Sun’, aktor tersebut disambar untuk buat 17 penggambaran iklan, menghasilkan digit 8 billion won dalam akaun banknya dari situ.

dwwqqaa

Selepas membintangi ‘My Love from the Star’, dia memperoleh 20 bilion won hasil daripada iklan di China sahaja, menjadikannya nama samarannya ‘The 20 Billion Man‘ menjadikan Soo-hyun meraih hasil 50 bilion won untuk anggaran pendapatan pengiklanan tahunan, menduduki tempat No. 1 sebagai selebriti terkaya oleh Forbes Korea pada masa itu.

Perkembangannya terbaru, Kim Soo-hyun muncul dalam drama terbitan Coupang Play ‘One Ordinary Day’ dan dibayar 500 juta won setiap episod. Kos keseluruhan penerbitan ‘One Ordinary Day’ dilaporkan menelan belanja 1.25 bilion won setiap episod.

Sumber: The Korea Herald, Kbizoom