Home Kdrama/Kmovie Drama Korea Sedang Mencari Bahagia? Tonton 7 Drama Korea Popular Ini, Pasti Hati Anda...

Sedang Mencari Bahagia? Tonton 7 Drama Korea Popular Ini, Pasti Hati Anda Berbunga

0

Walau tujuan utama drama Korea ialah untuk menghiburkan, drama Korea selalu menyelitkan pesanan berharga di dalam kisah-kisahnya. Inilah yang membuatkan penonton tidak pernah bosan untuk menonton semua drama Korea, walaupun drama-drama tersebut berdurasi panjang.

Berikut ini adalah drama Korea yang boleh membuatkan anda lebih memahami erti kebahagiaan. Kisah-kisah yang manis juga bakal membuatkan para penonton terkesan!

1. My Liberation Notes (2022)

Drama Korea ini sangat identikal dengan penjiwaan watak yang sangat hebat. Salah satu watak dalam drama ini iaitu Yeom Mi Jeong (Kim Ji Won) adalah seorang introvert yang tidak puas dengan kehidupannya. Selain itu, ada watak lain yang juga mencuri perhatian, di antaranya ialah watak Mr. Gu (Son Seok Gu), Yeom Ki Jeong (Lee El), dan Yeom Chang Hee (Lee Min Ki). Setiap watak memiliki sudut pandangan dalam memandang erti kehidupan.

Drama ini menunjukkan bahawa bahagia itu juga boleh diraih dengan keluar dari zon selesa. Begitu juga dengan menerima kesalahan diri dan melangkah sedikit demi sedikit untuk melakukan perkara yang baik.

Baca lagi: Kenapa Perlu Menonton Bad Memory Eraser? Kdrama Komedi Terbaru

2. Happiness (2021)

Sebahagian besar penonton pada awalnya mungkin tertanya-tanya di mana letaknya sisi kebahagiaan dalam drama ini. Tambahan pula Happiness merupakan drama Korea bergenre thriller yang dominan menampilkan aksi yang menegangkan.

Dibintangi oleh Park Hyung Sik dan Han Hyo Joo, drama ini menceritakan tentang orang-orang yang terperangkap di antara sekumpulan zombie dalam sebuah apartment.

Drama ini menyedarkan penonton tentang makna kebahagiaan di tengah-tengah keadaan antara hidup dan mati. Sekecil-kecil peluang untuk melihat orang yang dikasihi di sisi kita, tulus mencintai orang lain, dan bersyukur atas kehidupan yang dijalani.

3. Move to Heaven (2021)

Memiliki tema unik yang tidak pernah digunakan dalam drama lain membuatkan drama Move to Heaven amat disukai oleh para penonton setia. Drama yang diinspirasikan dari kisah sebenar seorang remaja penghidap sindrom Asperger dan ayahnya yang bekerja sebagai pembersih trauma orang meninggal dunia.

Drama korea

Gabungan hebat antara Ji Jin Hee, Tang Jun Sang, dan Lee Je Hoon berjaya membuatkan para penonton banjir dengan air mata. Makna kebahagiaan yang ditunjukkan dalam drama ini di antaranya ialah menghargai orang tersayang, memaafkan diri, dan meneruskan kehidupan sebaik mungkin.

 

4. Hospital Playlist (2020)

Hospital Playlist mengangkat kisah kehidupan lima orang doktor yang sudah menjalin persahabatan sejak zaman kuliah lagi. Dibintangi oleh Jeon Mi Do, Jo Jung Suk, Jung Kyung Ho, Yoo Yeon Seok, dan Kim Dae Myung, drama ini juga disebut-sebut sebagai pakej lengkap. Selain menghiburkan, drama bertema perubatan ini juga mampu mendidik dan memotivasikan penontonnya.

Persahabatan mereka diwarnai Mido & Falasol, kumpulan band fiksyen yang dibentuk untuk menyalurkan hobi mereka. Jika anda mengikuti drama ini dari awal hingga ke akhir, ada banyak pesanan moral yang boleh anda temui. Salah satunya ialah menjadi bahagia dengan cara menikmati hidup.

 

5. When the Camellia Blooms (2019)

Berjaya mencetak banyak rekod hebat pada zamannya, kurang lengkap rasanya jika tidak memasukkan drama When the Camellia Blooms dalam senarai ini. Drama ini menonjolkan gambaran ibu tunggal yang juga hidup seorang diri sejak kecil.

Dibintangi oleh Gong Hyo Jin dan Kang Ha Neul, drama ini menampilkan beberapa watak yang berusaha mencari kebahagiaan mereka sendiri. Tidak lain dan tidak bukan kebahagiaan itu datang apabila mereka belajar menerima keadaan dan mencintai diri sendiri. Drama ini juga memberi pesanan berharga bahawa semua orang layak disayangi.

 

6. Fight for My Way (2017)

Kisah romantik yang dibaluti dengan sedikit elemen komedi di dalamnya membuatkan drama Fight for My Way disukai oleh ramai orang. Drama ini menyajikan kisah empat orang bersahabat yang dibintangi oleh Park Seo Joon, Kim Ji Won, Song Ha Yoon, dan Ahn Jae Hong.

Sudah berkawan sejak kecil, mereka hidup dengan saling menyokong dan menghargai kehidupan masing-masing. Mereka saling menyimpan perasaan antara satu sama lain.
Drama ini sangat sesuai untuk anda jika anda memerlukan tenaga positif untuk menjalani kehidupan anda yang sukar.

Gandingan serasi keempat-empat pelakon ini membuatkan watak mereka semakin hidup dan berwarna-warni. Drama ini menunjukkan erti menjadi bahagia melalui versi terbaik yang dimiliki dalam diri setiap individu.

 

7. Oh My Venus (2015)

Dibintangi oleh Shin Min Ah dan So Ji Sub, drama romantik Oh My Venus memang amat popular pada zamannya. Drama ini bertambah menarik kerana mengangkat isu body shaming. Diceritakan bahawa Kang Joo Eun (Shin Min Ah) dicampakkan oleh kekasihnya yang lebih memilih wanita lain yang lebih seksi.

Selepas putus cinta, Kang Joo Eun nekad untuk mengubah berat dan bentuk badannya menjadi lebih ideal. Mendapat sokongan dari juru latih Kim Young Ho (So Ji Sub), dia berusaha bersungguh-sungguh.

IMG 6937

Drama Korea ini memberi pengajaran berharga bahawa kebahagiaan itu datang apabila Joo Eun mampu menghargai usaha yang dilakukannya. Di samping itu, kecantikan juga tidak sama di mata setiap orang. Semua orang berbahagia apabila menyadari diri mereka unik dengan cara tersendiri.

Setiap watak dalam drama Korea di atas sama-sama hidup untuk mencari makna kebahagian. Namun, tanpa disedari kebahagiaan itu sangat dekat, semuanya bermula dari diri sendiri. Kisah yang manis dipadukan dengan banyak pesanan yang menyentuh perasaan, jangan lupa menonton ya.

Baca lagi: 7 Bintang KPop Ini Membuat Kemunculan dalam Drama Korea pada Bulan Ogos
Baca juga: Binge Watch 15 Drama Korea Terbaik Ini di Netflix