K-Drama siri percintaan fantasi baharu tvN “See You in My 19th Life” telah memulakan tayangan perdananya pada 17 Jun 2023!
Berdasarkan webtoon popular dengan nama yang sama, “See You in My 19th Life” dibintangi oleh pelakon terkenal Shin Hye Sun sebagai Ban Ji Eum, seorang wanita yang telah berulang kali mati dan dijelmakan semula dalam kehidupan baharunya selama hampir seribu tahun. Dan apa yang menariknya, Ban Ji Eum mengingati semua kehidupan lampaunya.
Selepas hayatnya yang ke-18 dipendekkan secara tragis apabila dia meninggal dunia dalam satu kemalangan kereta, Ban Ji Eum memutuskan bahawa dalam kehidupannya yang ke-19, dia akan melakukan segala yang dia mampu untuk mencari seorang lelaki bernama Moon Seo Ha (Ahn Bo Hyun) dia temui dalam kehidupannya yang ke-18.
Episod pertama “See You In My 19th Life” telah ditayangkan pada Sabtu lalu 17 Jun, berikut adalah 3 sebab mengapa drama siri ini WAJIB berada dalam senarai tontonan mingguan anda! Jom kita lihat!
1. Ban Ji Eum 19 nyawa
Memandangkan Ban Ji Eum telah dijelmakan semula sebanyak 18 kali dalam drama siri “See You In My 19th Life”, dia telah menjalani pelbagai jenis kehidupan yang berbeza sepanjang milenium yang lalu. Dalam kehidupan keempatnya, dia seorang ahli alkimia; dalam kelimanya, seorang pendekar; dalam ke-14, seorang penari flamenco; dan pada masa ke-17, ahli rombongan sarkas.
Walaupun Ban Ji Eum sentiasa tertanya-tanya mengapa hanya dia satu-satunya manusia yang dapat mengingati semua kehidupan lampaunya, dia menemui jalan keluar daripada krisis eksistensinya dalam kehidupannya yang ke-19.
Buat pertama kalinya, dia mempunyai misi yang jelas. Selepas bertemu seseorang yang istimewa dalam kehidupannya yang ke-18, Ban Ji Eum berazam untuk menghabiskan hayatnya yang ke-19 menjejakinya, dan dia akan melakukan pelbagai cara untuk mencarinya semula untuk menunaikan janjinya yang tidak kesampaian pada hayatnya yang ke-18 lalu.
Sebagai penggemar genre dan tema drama sedemikian, pastinya penonton tidak sabar untuk melihat rangkaian kehidupan lampau Ban Ji Eum yang berwarna-warni serta kisah cinta epik yang dia tekad untuk memulakan kehidupannya yang ke-19 dalam “See You In My 19th Life”.
2. Chemistry antara Shin Hye Sun dan Ahn Bo Hyun
Walaupun Ban Ji Eum mempertaruhkan segala-galanya untuk mencari cinta pertamanya dengan Moon Seo Ha dalam kehidupannya yang ke-19, dia menghadapi saingan yang kelihatan tidak dapat dikalahkan iaitu dirinya sendiri. Bertahun-tahun selepas kematiannya, Moon Seo Ha masih tidak dapat melupakan cinta pertamanya Yoon Joo Won (Kim Si Ah), yang tanpa dia sedar, wanita itu adalah Ban Ji Eum semasa hayatnya yang ke-18.
Moon Seo Ha telah menutup hatinya selepas kematian cinta pertamanya, namun Ban Ji Eum bernekad untuk merobohkan halangan itu, malah dia mengajaknya keluar dari kali pertama mereka bertemu.
Menggambarkan keserasian antara watak utama Shin Hye Sun dan Ahn Bo Hyun, pengarah Lee Na Jung mengulas, “Mereka memberikan suasana wanita yang sipi, ceria dan tidak dapat diramalkan di sebelah lelaki yang comel dan disayangi. Rasanya seperti kanak-kanak tinggi yang berdiri di sebelah kanak-kanak lain yang lebih tinggi. Seperti kucing yang selalu muncul entah dari mana secara tiba-tiba, dan anak anjing yang terkejut setiap kali. Mereka masing-masing melakukan kerja yang hebat dengan melakonkan peranan masing-masing, sangat bagus.”
3. Percintaan yang hangat dan menyembuhkan
Kebanyakan watak dalam “See You in My 19th Life” bergelut dengan kehilangan dan luka emosi yang tidak dapat dilihat dari luaran, dan perjalanan penyembuhan mereka akan menyentuh hati penonton.
Buktinya, pembukaan episod pertama sahaja sudah mampu membuai emosi dan menyentuh perasaan sehingga mengalirkan airmata tanpa sedar. Sememangnya lakonan mereka sangat meninggalkan kesan mendalam apatah lagi jika ia mengingatkan kita terhadap orang kesayangan yang bakal dan akan meninggalkan kita selamanya.
Pengarah Lee Na Jung berkata, “Ini adalah drama yang memberikan keselesaan kepada mereka yang terpaksa berpisah dengan orang yang mereka sayangi akibat kemalangan yang tidak dijangka.”
Lee Hye, penulis webtoon asal “See You In My 19th Life” menjelaskan, “Setiap orang perlu mengucapkan selamat tinggal kepada seseorang yang mereka cintai pada satu ketika atau yang lain. Melalui watak Ban Ji Eum, saya ingin memberi keselesaan kepada orang ramai untuk berfikir, ‘Walaupun mereka tidak dapat mengingati [kehidupan lampau mereka], tidakkah orang yang saya sayangi itu boleh hidup bahagia di suatu tempat dalam bentuk yang baharu dan berbeza? ‘”
Lee Na Jung menambah, “Walaupun dalam kehidupan kita sendiri, selalu ada kejadian di mana kita tiba-tiba berpisah dengan orang di sekeliling kita. Saya mahu mencuba mencipta percintaan yang boleh dikaitkan dan memberikan kemesraan kepada orang ramai.”
“See You in My 19th Life” boleh strim di Netflix pada setiap hari Sabtu dan Ahad selepas jam 11:00 malam waktu Malaysia menggantikan slot Doctor Cha bermula dari 17 Jun 2023!
Sumber: Soompi
Baca lagi: 7 Filem Original Netflix Tayang Pada Jun 2023
Baca juga: 12 Kdrama Baharu Menarik Jun Ini