Home Entertainment Sehun EXO Dituduh Hamilkan Teman Wanita

Sehun EXO Dituduh Hamilkan Teman Wanita

0

Sehun EXO dituduh hamilkan teman wanita, agensi bakal ambil tindakan tegas!!

2995F862 D184 473E A40E 114E4BB2EB9E

Industri hiburan Korea Selatan sedang digegarkan dengan isu Sehun EXO yang dituduh telah menghamilkan teman wanitanya. Lagi pula sedang tersebar gambar-gambar yang disebut sebagai bukti setiap tuduhan yang dilemparkan!

Sehun EXO dan pihak agensi SM Entertainment tidak berdiam diri dan terus membuat kenyataan penafian, jom kita semak kronologi lengkap isu ini seperti di bawah ini:

Baca Lagi: The Tale Of A Nine Tailed Fox 1938 Bakal Tayang Mei Ini

 


1. Muncul hantaran netizen dalam forum online

8E5E3C3F 869E 48CC 906A E5607453A813

Kontroversi ini bermula melalui salah satu hantaran netizen dalam forum komuniti online dengan tajuk ‘Teman Wanita Sehun Hamil Sebelum Berkahwin’ pada Isnin, 27 Mac 2023. Hantaran tersebut lantas telah membuatkan media sosial heboh dan kecoh. Seterusnya isu ini menjadi hangat di seluruh negara.

Lebih-lebih lagi terdapat gambar-gambar Story Instagram yang didakwa merupakan teman wanita Sehun yang menonton konsert EXO dengan bantuan ‘orang dalam’. Original Poster (OP/ hantaran asal) ini pun menyatakan bahawa Yu Ni adalah teman wanita kepada anggota kumpulan EXO tersebut.

Konsert EXO, terima kasih kepada Yu Ni,” tulis hantaran tersebut.

2. Hantaran tersebut menegaskan jika akan ada artikel berkaitan kehamilan teman wanita Sehun
7BB7BFC8 9E1F 4860 B405 FA9F0F78C2DA

Selain itu, hantaran penuh kontroversi tersebut juga disertakan dengan gambar seorang jejaka yang ditutupi wajahnya dengan tulisan ‘jejaka tepat untukku’. Netizen tidak menunggu lama dan terus menilik dan meneliti figura lelaki misteri tersebut dan mendapati bahu lebar jejaka tersebut adalah sama dengan Sehun.

1377BE98 5FA1 4F7D AE2B 939E4FEE3421Hantaran tersebut juga menegaskan bahawa artikel mengenai kehamilan tersebut akan dilepaskan sewaktu promosi komsert EXO berakhir nanti.

 

 

3. Netizen turut meneliti dan membaca hantaran lain di dalam forum

A77AE137 F67F 430B 991D 70855C8F5774

Khabar angin kian bertiup kencang dan semakin panas, netizen membaca hantaran-hantaran lain tentang adanya idola lelaki yang berada di OBGYN (pakar sakit puan). Ramai yang berandaian bahawa bintang idol yang dimaksudkan adalah Sehun.

“Saya ke klinik untuk membuat pemeriksaan kesihatan, dan agak terkejut melihat seorang bintang idol lelaki di sana! Bintang tersebut belum berumah tangga, jadi rasanya dia ke sana bersama teman wanitanya. Mungkin sedang hamil luar nikah,” tulis netizen yang dipetik dari portal Koreaboo.

4. Dibantah keras oleh Sehun

CEB8A2AC F50C 460D 8C18 41AF8BDCEE72

Khabar angin ini tersebar luas di media sosial dan menjadi perbincangan hangat. Akhirnya, Sehun membuka mulut dan mengungkapkan kemarahannya terhadap isu ini melalui aplikasi DearU Bubble.

Saya sangat marah dan situasi ini terus meledak ketika saya diam sahaja, saya perlu menjelaskan supaya anda semua tidak salah~,” tulis Sehun.

5. SM Entertainment akan mengambil tindakan undang-undang

SM Entertainment pun turut membantah isu tersebut. Pada hari yang sama, agensi yang menaungi EXO tersebut mengeluarkan kenyataan dan menegaskan akan mengambil tindakan undang-undang.

“Khabar angin yang akhir-akhir ini melibatkan Sehun telah beredar pantas adalah sama sekali tidak berasas. Dakwaan palsu, dan menyebarkan kandungan tulisan yang berniat jahat serta berbeza dari kebenaran adalah tindakan jenayah.

Walaupun hantaran tersebut sudah dipadam, kami tetap memantau situasi dan penyebar fitnah tersebut, dan kami akan mengambil tindakan tegas melalui undang-undang,” kata wakil SM Entertainment.

Pengesahan dari pihak agensi bahawa khabar angin ini adalah tidak benar telah membuatkan para peminat lega dan berharap tidak ada lagi informasi palsu berkaitan ahli kumpulan EXO.

EXO sedang dalam rangka untuk membuat kemunculan semula pada tahun ini. Bahaya sungguh! Hati-hati dengan informasi yang tersebar di media sosial ya!

Baca Juga: Fakta Menarik Lee Da Hae Yang Bakal Bergelar Isteri Tidak Lama Lagi