Pada 9 November KST, agensi NewJeans ADOR mendedahkan, “Minji NewJeans tidak akan mengambil CSAT tahun ini.” Minji dilahirkan pada tahun 2004 dan akan melangkau peperiksaan kemasukan kolej tahun ini untuk memberi tumpuan kepada kerjayanya.
Seperti Minji, Wonyoung dan Liz IVE adalah artis yang juga dilahirkan pada tahun 2004 dan baru-baru ini mengumumkan bahawa mereka tidak akan mengambil CSAT tahun ini untuk memberi tumpuan kepada kerjaya hiburan mereka.
Sementara itu, NewJeans dan IVE kini merupakan antara kumpulan K-pop wanita teratas yang menerima kasih sayang daripada peminat di seluruh dunia.
Terbaru, Jungwon ENHYPEN dan ahli STAYC, Yoon dan J juga menggumumkan untuk tidak mengambil ujian kemasukan kolej tahun ini.
Menurut laporan media pada 9 November KST, ketua ENHYPEN Jungwon tidak akan mengambil ‘College Scholastic Ability Test (CSAT) 2023. Jungwon (18 tahun) dilahirkan pada tahun 2004 dan kini merupakan salah seorang pelajar di Hanlim Entertainment Arts High School.
Begitu juga, ahli STAYC J (17 tahun) dan Yoon (18 tahun) tidak akan menyertai CSAT tahun ini, yang akan diadakan pada 17 November ini. Mereka membuat keputusan untuk tidak mengambil ujian dan sebaliknya menumpukan pada aktiviti berkaitan STAYC sahaja buat masa ini.
Baca lagi: LE SSERAFIM Sakura & Ahli GOT7 Ini Ditemui ‘Berdua-an’ Di Stesen Gangnam?