Home Entertainment Sekitar Majlis Perkahwinan Puteri Iman Puteri Diraja Jordan

Sekitar Majlis Perkahwinan Puteri Iman Puteri Diraja Jordan

0

Puteri Iman dari kerajaan Jordan dan Jameel Alexander Thermiotis rasmi mendirikan rumah tangga dalam sebuah majlis gilang gemilang mengikut tata cara Islam yang berlangsung di pinggir kota Amman pada 12 Mac 2023. Puteri Raja Abdullah II dan Ratu Rania dari Jordan tersebut tampil anggun dalam balutan gaun putih dari Dior.

A9C0F3BC E849 454F BA7D 4BBD50EEDA5B

Dipetik dari The National News, Puteri Iman berbalut gaun dengan hiasan renda putih yang sangat menawan. Puteri yang kini berusia 26 tahun tersebut juga mengenakan kain perhiasan kepala yang panjang dan menjuntai indah.

13CCBFD0 D510 4660 B530 EBB0F9AB8F6B 34591322 75CA 4094 A309 B93AC8E069E3

Baginda juga mengenakan tiara berlian yang khabarnya dimiliki oleh neneknya iaitu Puteri Muna Al Hussein yang merupakan ibu kepada Raja Abdullah. Sementara itu suami Puteri Iman, yang merupakan jejaka keturunan Greece kelihatan sungguh tampan mengenakan persalinan mewah berwarna kelabu.

Baca Lagi: 5 Pelakon Wanita Korea Yang Berani Tampil Dengan Adegan Panas

Kaum kerabat diraja Jordan dan anggota kerajaan Jordan hadir pada upacara tersebut. Ratu Rania mengenakan gaun indah dari Dior.
Rekaan berleher tinggi yang merupakan koleksi couture musim gugur 2022 tampak indah sekali.

Puteri Salma yang merupakan puteri bongsu raja dan ratu Jordan, mengenakan gaun merah muda Andrew Gn dengan berlian dari pereka yang sama yang telah berkhidmat untuk ibundanya.

15927C43 0F17 4CF8 8509 5FD0F40FB677 FECCD897 3E46 4E1F 945F 8452F5B69CFE

Rajwa Al Saif iaitu tunang kepada Putera Hussein, mengenakan gaun kuning Roksanda Ilincic untuk menghadiri majlis perkahwinan tersebut. Al Saif dan Putera Mahkota Jordan itu akan berkahwin pada 1 Jun 2023 nanti.

Beberapa jam sebelum majlis perkahwinan berlangsung, Ratu Rania berkongsi video terperinci yang menunjukkan suasana sekitar tempat perkahwinan termasuk bunga, lilin, bantal, dan hiasan mewah yang lain. Baginda berterima kasih kepada syarikat Jordan ADgrees untuk persiapan yang sangat indah.

3525A2A6 FE98 4F73 9618 D8A3A42031B5 978BD7C4 A920 4AEC BF33 2D1B869A44A1 2D3EAFB5 C515 441D 9406 6211450A2A18 3612F2DE 1A73 4BD6 A67C 839C47ED6786 4EFBC7DF FE3C 4BFF 8458 B210ADD443F6 BA91228E 74D1 4E54 81CF CE4CF98FAA3F 378AC720 D525 461A 8BFA B5DBD7D83BDD 200E084F D4AA 4918 8577 86AB5A57E555 99F6A94A 954B 4898 AE97 2D31784E7DC5Memotong Kek Perkahwinan Tujuh Tingkat
Dipetik dari Hello Magazine, salah satu upacara yang mencuri perhatian dalam majlis perkahwinan Puteri Iman adalah kek besar dan megah tujuh tingkat yang dikemaskan dengan dekorasi pohon anggur yang halus dan cukup indah.

B242EEB3 9EF2 425B 8A93 4AC9C98F6514 B4E6B1B4 0097 463D 8C9B AC32262D6844

Perkahwinan puteri sulong Ratu Rania dan Raja Abdullah II ini disiarkan secara langsung menerusi Jordan TV News.

Selain itu, bunga tangan pengantin turut mencuri perhatian. Puteri Iman berjalan menyusuri lorong dengan karangan bunga putih sederhana. Ratu Rania, mengenakan gaun bernuansa batu permata yang cantik.

D363ACE9 7857 4796 92FD 037F02ED1E6E

Baginda menata rambut perang coklatnya dalam gabungan hiasan gelombang halus yang sangat mempesona. Baginda juga melengkapkan penampilannya dengan gelang tangan bertatahkan berlian dan clutch biru muda yang elegan.

Pada Selasa lalu, Puteri Iman dan bondanya Ratu Rania telah menghadiri majlis malam berinai. Untuk upacara tersebut, Puteri Iman mengenakan gaun putih bersulam hasil rekaan Reema Dahbour iaitu seorang pereka fesyen berdarah campuran Jordan-Palestine.

Gaun itu dilengkapi dengan tali pinggang berwarna putih dan emas Bruce Oldfield yang juga digunakan oleh Ratu Rania pada hari perkahwinannya dengan Raja Abdullah pada tahun 1993. Untuk upacara tersebut, baginda mengenakan gaun lengan pendek putih dan keemasan yang direka khas oleh pereka fesyen dari England.
565177B0 91EF 40C7 85C9 0A310EDBBC59Jameel Alexander Thermiotis lahir di Caracas, Venezuela, pada tahun 1994. Beliau merupakan jejaka keturunan Greece, kata Royal Hashemite Court setelah pengumuman pertunangan kedua pasangan tersebut.

Jameel Alexander Thermiotis mendapat sarjana muda dalam bidang pengurusan perniagaan dan bekerja dalam bidang kewangan di New York.

D725E18D 61A5 46F3 B871 385C3E39E48B

Pasangan itu mengumumkan pertunangan mereka pada bulan Julai melalui sebuah hantaran yang dikongsikan oleh Royal Hashemite Court di laman Twitter rasmi milik mereka.

Dipetik dari People, Puteri Iman belajar di Georgetown University di Washington, D.C sama seperti kekandanya, The National melaporkan bahawa masih belum jelas bagaimana pasangan ini bertemu dan berapa lamakah mereka bersama menjalin hubungan cinta sebelum mengikat tali pertunangan.
BBF2D2A7 26AD 4C07 A64E 70CC72FED5C9

Bukan hanya Puteri Iman, tetapi Putera Mahkota Hussein juga telah bertunang dan akan melangsungkan perkahwinannya dengan Rajwa Al-Saif, pada 1 Jun akan datang. Nampaknya tahun ini bilangan ahli keluarga ditaja Jordan semakin bertambah.

Baca Juga: Jung Ji So Bawa Watak Utama Dalam Miss Granny Versi Kdrama