Home News Sekitar Perkahwinan Marc Anthony & Nadia Ferreira

Sekitar Perkahwinan Marc Anthony & Nadia Ferreira

0

Pada hujung minggu lepas, ramai selebriti terkenal dunia hadir ke Miami untuk menyaksikan perkahwinan bersejarah antara bintang tersohor Marc Anthony dan pengantinnya Nadia Ferreira di Muzium Seni Perez Miami.

B7167417 749F 4785 9B42 275F10892B43

Kedua-dua mempelai itu pada awalnya diperkenalkan oleh sahabat mereka sendiri di salah satu acara anjuran Maestro Cares Foundation sebelum mereka lebih serius dan mengikat tali pertunangan pada tahun 2022. Selepas membuat perancangan rapi selama 8 bulan, akhirnya pasangan ini telah disatukan dengan ikatan perkahwinan pada 28 Januari 2023.

84054A2A 18CE 4A21 B561 59A15E5E3C2D E02C265B 168B 4484 BAD2 441C80B03DC7 0941BAD5 8C5A 4675 A65B 368048751CAF

Victoria Beckham, David Beckham, Salma Hayek dan Lin-Manuel Miranda adalah antara selebriti ternama yang turut hadir sama untuk meraikan pasangan mempelai ini.

 

Khabarnya perkahwinan mewah ini bakal mendapat jolokan “the wedding of the year”. Bekas ratu cantik yang juga merupakan pengantin perempuan itu berkata bahawa mereka mempunyai pasukan terbaik untuk menjayakan hari bahagianya dan persiapan yang dilakukan sangat rapi tanpa sebarang cacat-cela. Katanya lagi dia dan suaminya sama-sama turut terlibat dalam segala aspek untuk satu majlis perkahwinan yang sempurna.

015E2156 4142 4F5A B4CE F777C8117BFF

Pada hari perkahwinan mereka Nadia Ferreira menggayakan dua pasang busana pengantin yang kelihatan sangat menawan.

“Busana ini dibuat khas untuk saya oleh Galia Lahav”.

5E327D6A 299B 409A 85F8 6F8FC48A4C66 scaled

Nadia Ferreira menjelaskan tentang gaun-gaun perkahwinannya dan menceritakan bahawa dia sangat berpuas hati dengan hasil kerja Galia Lahav. Galia Lahav merupakan pereka fesyen kelahiran Rusia dan kini berpangkalan di Tel Aviv, Israel.

3216FCC6 94D4 4EA0 9B07 4891EE53FB81

DABA6344 AF09 4ED1 87A1 2D5720710A46

Pereka fesyen ini amat popular di kalangan selebriti dunia. Kepakarannya adalah mereka dan menghasilkan busana pengantin. Antara selebriti yang pernah menggunakan khidmat Galia Lahav adalah Jennifer Lopez, Beyonce, Paris Hilton, Nadine Leopold dan Daniela Braga.

424EE977 6630 4096 AF58 C1860ED23792

Sementara itu pakaian untuk bridesmaids pula telah direka oleh sahabat baik kedua pengantin iaitu Victoria Beckham. Victoria Beckham kini mencipta nama dengan rekaan fesyen dan rangkaian kecantikan miliknya. Nadia Ferreira menyatakan bahawa suaminya Marc Anthony sudah lama berkawan rapat dengan pasangan David Beckham dan Victoria Beckham.

A8F77C1D 07E1 4FEA 83D7 6D98897FFD2A

Acara perkahwinan dimulakan dengan perarakan masuk pengantin perempuan yang dipimpin oleh bapa Marc Anthony. Sewaktu bapa pengantin lelaki membawa masuk pengantin perempuan, lagu “The Book of Love” versi Marc Anthony dimainkan. Datuk bandar Miami iaitu Francis Suarez yang merupakan sahabat baik keluarga Marc Anthony diberi penghormatan untuk merasmikan majlis perkahwinan tersebut. Sementara itu paderi gereja iaitu Father Jorge M telah memberikan restunya buat kedua pengantin.

2C46900E FE80 497D 8CA4 EBDCA604FE0F 5D45FF9E 4B2F 47AA A880 14541E113AD5 71F63518 ED50 42FA 9881 1B83222FFEFB

Majlis diteruskan dengan jamuan makan malam dengan hidangan-hidangan mewah termasuklah hidangan Paraguay bagi memberi penghormatan kepada asal usul pengantin perempuan. Selepas acara makan malam, pengantin perempuan menyalin pakaian dan mengenakan gaun pengantin persalinan kedua pada malam bersejarah tersebut.

MEMANG PATUT DAPAT JOLOKAN “WEDDING OF THE YEAR!”

Baca Lagi: Angelina Jolie Mungkir Janji Menjual Harta Kesayangan Brad Pitt

Baca Juga: Nicola Peltz & Brooklyn Beckham Tiru Gaya David & Victoria Beckham