Home New Post Sekumpulan Wanita ‘Selamba’ Mandi Air Zam-Zam Dihadapan Orang Ramai

Sekumpulan Wanita ‘Selamba’ Mandi Air Zam-Zam Dihadapan Orang Ramai

0

Menerusi perkongsian video klip di Tiktok ini telah disiarkan oleh akaun Tiktok indah..chemmank, dan telah ditular baru-baru ini.

Dalam video klip ini menunjukkan di mana sekumpulan wanita ‘mandi’ air zam-zam di tanah suci. Pemilik akaun ini yang dikenali sebagai Roslindah menulis satu kapsyen pada klip durasi pendek bahawa beliau berasa puas kerana berkesempatan untuk mandi air zam-zam tersebut. Namun reaksi mereka yang selamba mandi dengan menggunakan air zam-zam pula mendapat kecaman daripada warganet.

Screenshot 2023 06 09 213812

Netizen turut memberi komen mengenai reaksi mereka, mengatakan perkara ini tidak boleh dibiarkan dan berkemungkinan disebabkan sikap mereka ini pengunjung lain juga tidak boleh lagi mengambil air zam-zam tersebut. Ada juga yang menjadikan ia sebagai bahan lawak dirungan komen, dan dikatakan mereka merupakan dari warganegara jiran. Oleh itu, video klip ini telahpun mendapat perhatian orang ramai.

Pemilik akaun ini juga menulis satu kapsyen seperti dibawah:

“Alhamdulillah, dapat kesempatan mandi langsung di tempat air zam-zam dengan sepuasnya..masya Allah”

Lihat klip durasi pendek reaksi mereka ‘selamba’ mandi air zam-zam di tanah suci:

Lihat apa juga kata orang ramai:

@pakmariadi5: tolong d cek tanya petugas d sana ap ad air zam-zam bisa buat mandi setau saya buat minum aj air zam2

@TicerUmie: Lepas tu nak balik mcmana? Jarang tu, melekap ke badan tu

@dahliar_sidi: sya rase tu bukan air zam2 lh.air zam2 ntuk minum bukn ntuk mandi

@NS : alahai niat xmnghalalkn cara .dgn jarang mcmtu

@Jemtartnenas: Yg tidak2 jer.. ntah le… melancung ke apa ni…

@mardierayaya: patut aku beratur lama nak ambik air zam2..jiran duk mandi manda plak

@Palestinebrotherhood: dia punya healing buat mcm kg sndiri plak aih

@Rayyan25: disebabkan mereka nanti akan susah mengambil zam zam kalau sudah salah guna..

@ZawjahAzmann: Allahu AKHBAR ..bab aurat dh hilang mcm tu jer .sedihnya.Kami aritu isi dlm botol besar n bawa balik hotel.mandi bilasan akhir.muslimat jg lah aurat

@radziah: selalunya jika nk buat mandi kami akan amik air didlm masjid guna botol pastu mandi di hotel

Perkongsian video klip di Tiktok ini telah mendapat sambutan orang ramai sebanyak 959.3K penonton, 11.8K sukaan dan 1280 komen.

PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Tiktok dan Instagram