Sekarang ini banyak dilihat ramai orang-orang tua yang hidup terbiar. Situasi ini amat sedih dilihat kerana perkara tersebut tidak sepatutnya berlaku.
Baru-baru ini tular sebuah rakaman di tiktok @fellicaempirehq di mana memperlihatkan situasi seorang pakcik yang dilihat sedang makan. Dapat dilihat pakcik itu makan dengan tangan yang terketar-ketar dan ramai yang simpati melihat keadaan pakcik tersebut ditambah pula dengan melihat wajah pakcik itu yang sepertinya sakit kerana terdapat bengkak di wajahnya. . Difahamkan pakcik itu sering datang ke kedai makan dengan berbasikal dan pemilik rakaman yang juga tuan punya kedai makan tersebut sering memberi makan percuma dan bersedekah buat pakcik berkenaan.
Siapa kenal pak cik ni ? Beliau ada family ke tak ye selalu berbasikal datang kedai makan aku , aku tak berani nak tanya lebih² takut menyibuk pula . Bila bercakap dengan pak cik ni nampak macam dia tak sihat selalu juga bercakap seorang diri .
Sebelum ni nampak sihat je hari ni pak cik ni singgah kedai aku lihat kesihatan dia tak ok , aku sempat turun dari kereta hulurkan sedekah dan minta dia ke hospital untuk check bengkak di muka risau penyakit lain pula .
Moga urusan pak cik di permudahkan dan di berikan kesihatan yang baik² sahaja ,Aamiin .
Di ruangan komen ramai yang mahu menolong serta menghulurkan bantuan bagi pakcik berkenaan.
“bang.. bukak tabung bang. bwa dia p hospital.. klo bukak derma tag sya yer.. sya nk sdekah sikit”
“Allahu sedih tgk pakcik.. area mana ni.. klu blh bwk ke hsptl rujuk pakar.. help me please”
Baca juga : Beli Keropok Di Tepi Jalan, Kata-Kata Pakcik Ini Buat Ramai Yang Sebak
Baca juga : Hargailah Orang Tua Anda, Ramai Yang Sebak Lihat Situasi Pakcik Ini Di Kedai Bundle
Lihat klip rakaman di instagram :
View this post on Instagram
Lihat juga komen netizen :
@HM Empire : Hg bertuah bang. Allah tgh uji hg bang, bukan dia. Semoga dpermudahkan sgl urusan kelak Insya-Allah
@Silentz : klau aku..ak suap..pnah jmpa skali pkcik ketar2 mcm ni..suap dia mkan..smbil mnitik air mata..tringt arwah abah..ujian utk kita..
@Ikmal Rizal : antara sbb knapa aku slalu balik kampung sbulan 2/3 Kali , smada naik motor naik kreta , hnya untk mnjenguk ibu ayah ja , hrgai slagi ada
@lys : pakcik ni strok ..sbb tu cara dua mkn gitu.. semoga dipermudahkan segala urusannya
@Aida Razali : aku takboleh tau benda macam ni . rasa sebak gila nak mampos . rindu arwah abah sangat²
@WelderKampung : Tak sampai hati ble jumpa org2 tua yg dh tak larat, trfikir sejenak mana anak2 dorang wktu ni
@PANGERAN : Allahu Robbi, sebak rasanya, semoga Allah sentiasa lindungi pakcik tu dan permudahkan urusan nya. Aamiin
@Kasih Ezlynn : subhanallah sayunya tgok
PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
Sumber: Tiktok dan Instagram