Home Video Selamba Baling Sampah Di Tepi Jalan, Reaksi Pemilik Honda Civic Ini Dikecam

Selamba Baling Sampah Di Tepi Jalan, Reaksi Pemilik Honda Civic Ini Dikecam

0

Menerusi perkongsian klip durasi pendek ini disiarkan oleh akaun Tiktok ayen_cb, dan telah ditular baru-baru ini.

Dalam video klip menunjukkan kenderaan jenis Honda Civic telah membuang sampah di tepi jalan begitu sahaja dan video klip ini juga telah disiarkan oleh pemandu dari belakang kereta tersebut. Perbuatan itu juga telah menarik perhatian ramai dan tidak berpuas hati atas tindakan mereka yang tidak mempunyai adab membuang sampah merata tempat.

Video klip ini turut ditular di media sosial dan mengudang reaksi netizen.

Screenshot 2023 07 30 112544

Netizen turut memberi reaksi diruangan komen, mengatakan tindakan pemandu kenderaan tersebut sememangnya salah kerana membuang sampah di merata tempat dan tidak mempunyai adab. Ada juga yang membandingkan kenderaan, walaupun tidak semahal kenderaan itu masih mempunyai adab ketika membuang sampah dan menyediakan plastik sampah di dalam kenderaan.

Perkongsian video klip di Tiktok ini telah mendapat sambutan orang ramai sebanyak 41.1K penonton, 1833 sukaan dan 316 komen.

Baca lagi: Rakaman Tayar Honda Jazz Tercabut Ketika Turun Genting Tarik Perhatian Netizen

Baca lagi: “Siap Simpan Dalam Sangkar Tu”-Anjing Tolong Simpankan Parcel Buat Ramai Yang Kagum

Lihat klip durasi pendek tindakan pemilik kenderaan Honda Civic buang sampah merata tempat:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @rosebirumediacom

Lihat juga video dibawah:

Lihat apa juga kata orang ramai:

@yanacekahmatt: Woiii aku naik viva je kot siap ada tong sampah kck sangkut dlm kete

@Norazlina Muhd: aq naik kete nak roboh esok pun ada plastik sampah dalam kereta

@Nini: Kita ni guna Viva ja, Tapi sampah² bungkus bawa balik buang tong sampah kat rumah

@samurishahrim: pernah tegur org mcm ni…terus ajak gaduh..last2 jiran2 buang mcm tu dpn u.ah dia

@darlinabasri: geng H yg pinjam duit liat nk byar hutang pun ada.

@4c_Ladyb055: kita naik alza pon ada tong sampah kecik kat dlm kete

@Sardin makarel: biada*…aku siap ajar anak wlpun tisu jgn buang keluar dr kereta,simpan spai jumpa tong sampah.

@Abg ham @ pak mid: sikap individu tu sendiri yg lemah…kereta dah xmewah Sgt la bro…

@neltrixninie: aku spare plastic dlm keta kalau ada makan apa2…sampai kt stesen minyak ka mana2 baru ambik buang…tp kami xnaik H la..kami org susah

@azie: sy kereta kancil pn xpernh buang smph cm tu dr dlm kereta…sgup tunggu kereta parking kat mn2,baru la cri tong smph n buang…

PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Tiktok dan Instagram