Menerusi perkongsian klip durasi pendek ini disiarkan oleh akaun Tiktok ophelia.my, dan telah ditular baru-baru ini.
Dalam video klip ini menunjukkan sebuah rakaman CCTV dalam kenderaan milik seorang wanita yang sedang mencari parking di Tasik Titiwangsa. Beliau mengatkan sudah beberapa kali memandu untuk mencari tempat letak kenderaan yang kosong, dan beliau melihat ada satu tempat letak kenderaan yang kosong dan terus memandu ke sana.
Serta tidak sangka secara tiba-tiba wanita ini perasan ada seorang lelaki yang berdiri di tempat itu dan mengatakan kepadanya beliau cop parking tersebut. Namun reaksi wanita ini setelah lelaki tersebut berkata sebegitu, buat ramai yang sokong.
Netizen turut memberi komen mengenai video klip ini, mengatakan apa yang dilakukan oleh wanita ini sememangnya betul dan bersetuju dengan respon yang diberi pada lelaki itu. Ada juga yang mengatakan tidak sangka masih ada manusia ‘cop parking’ pada masa kini. Salah seorang netizen juga mengatakan ramai yang tidak tahu bahawa pemandu boleh ambil tindakan kepada orang yang suka ‘cop parking’.
Perkongsian video klip di Tiktok ini telah mendapat sambutan orang ramai sebanyak 409.2K penonton, 15.8K sukaan dan 811 komen.
Pemilik akaun ini juga menulis satu kapsyen seperti dibawah:
“Hi everyone, cop parking again! AT TASIK TITIWANGSA!!! Katanya dia jalan kaki dari jauh cari parking. Since when boleh cari parking dengan jalan kaki je & cop terus? @PDRMsiaOfficial tolong perketatkan lagi denda untuk org cop parking. Sebab kebanyakkan bila jumpa org mcm ni akan blah terus sebab takut kereta akan dicalarkan”
Baca lagi: Peguam Kongsi Cara ‘Ajar’ Jiran Yang Suka Parking Di Hadapan Rumah
Baca lagi: ‘Auntie’ Buat Hal, Degil Cop Parking Tak Bagi Kereta Masuk Di Pulau Pinang Tarik Perhatian Netizen
Lihat klip durasi pendek respon wanita ini:
View this post on Instagram
Lihat juga video dibawah:
Lihat apa juga kata orang ramai:
@thv: HAHAHAH puasnya hati menang dengan spesis cop parking. Muka bangga eh angkat tangan siap senyum nak bagitahu dia dah cop parking
@Oh Deeya Yaya: ni dpt kat i mmg gaduh. da ttwgsa susah parking. nak2 weekend
@Aqmal Ezany: Boleh ambik tindakan undang2 ye utk org yg cop parking ni, ramai yang tak tahu.
@shrlhfz94.: Ingatkn highway gombak jer dia cop..skali2 dgn parking eh dieorg ni cop
@Saya Siti: aku harapp sangat, orang yg cop parking ni, x jumpa orang macam aku dan laki akuu.
@Haziq: Aku pernah sekali kena dekat area rumah..orang tu cop parking dgb tolak keta double park dia.Then aku tolak blik keta tu biar org lain msuk prking tu
@ZuryatiOmar: tahniah sebab xmengalah..klu dia masih nak argue ckp je jom balai sy ada dash cam ada akta tau utk cop parking
@yatie affiliate: Bagus sis.. Tindakkan yg bijak.. Masuk je.. Apa ada hal.. Suka2 je cop2 parking…
@nuraqilah: sb tu suka g sini naik mtr jee. kalau weekend or public holiday, mmg pack giler kereta. last2 balik jee sb penat duk dlm keta
@w: WEH PUASNYA HATI AKUUUUUU SELALU TGK ORG COP PARKING DORG MENANG!!! TAPI SIS NI TERBAIK!!! SALUTE!!!!
PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
Sumber: Tiktok dan Instagram