Home Video Selamba Jalan Apabila Disuruh Berhenti Oleh Pengawal, Situasi Ini Buat Ramai Yang...

Selamba Jalan Apabila Disuruh Berhenti Oleh Pengawal, Situasi Ini Buat Ramai Yang Marah

0

Di sekolah-sekolah pastinya akan ada pengawal yang mengawal lalu lintas dan mereka ditugaskan untuk menjaga keselamatan para pelajar. Namun, masih lagi terdapat pengguna jalan raya yang tidak mahu mengikuti arahan pengawal ini.

Seperti yang tular di media sosial baru-baru ini, dapat dilihat situasi yang mana rakaman dashcam sebuah kereta menunjukkan suasana di hadapan sekolah. Dalam rakaman tersebut dapat dilihat sebuah kereta yang selamba meneruskan perjalanan walaupun pengawal di situ mengangkat bendera merah menandakan arahan untuk berhenti.

Min anti betul jenis pemandu yang begini, kawasan sekolah tak boleh nak berhenti. Dahla hujan

Situasi tersebut telah meraih perhatian ramai dan mereka turut berasa marah melihatkan sikap pemandu tersebut yang mementingkan diri serta tidak bersikap bertolak ansur di tempat seperti itu.

“wahhh #pdrm patut amik tindakan nih”

“Sk pandan indah ni mmg driver ramai degil nak mampos.. balai depan tu pun kadang ramai je berhenti dlm petak kuning”

“kat sek ren pandan indah kan mmg selalu ..dlu masa anak sek ren guard suruh bhenti pon x heran nyaris nak langgar anak saya ..alhamdulillah x ada apa”

Baca juga : “Dia Suruh Berhenti Tepi, Nak Minta Nombor Telifon” -Lihat Apa Tindakan Pemandu Wanita Ini

Baca juga : “Biasalah Perempuan Mana Pernah Salah”-Berhenti Di Lorong Salah, Dah Tegur Tapi Tak Dilayan

Lihat klip rakaman dashcam di instagram :

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Rosebiru (@mediarosebiru)

Lihat juga komen netizen :

@Mohd Syafie813 : kalau di U.S, terus naik mahkamah. tak ada kompaun dah. potong bas sekolah yg berhenti pun naik mahkamah. hahaha

@zamrichin10 : sek keb pandan indah ni. memang selalu terjadi. kadang2 budak2 separuh jalan pun ada lgi xnampak lampu merah.

@Nizar ab : sebab tu kerajaan sepatutnya memasang kamera aes depan sekolah .dah Banyak kejadian berlaku depan sekolah

@hairi26 : sekolah menengah kg kolam pun same CM tu deme x ingat ke budak sekolah nk balik dan lintas deme fikir deme je nk cepat lampu merah pun deme blh redah

@UmmiNara : Kawasan sekolah tak blh laju2..nak2 waktu pagi ngan waktu balik..risau sungguh hati

@abang musang : same mcm sekolah sy guard suruh berhenti tpi nk jalan juga waktu tu tengah hari tk hujan mentang² kereta mahal sampai taknak berhenti

@ms gary : nsb sek ni mmg ada guard jg. try pg tunggu dpn sk taman muda xde guard jaga. lagi laju bila org nk melintas.tolak ansur lgsg x ada.

@gumihochanshop : mmg..pakguard kat skolah mak sy ..siap ada baton wrna merah mcm dark vader dah..traffic light lg..pun diorg xberenti..

@Rahman rahman : serupa jugak kat kawasan sekolah..kita tahan kereta budak2 sekolah nak lintas kereta tak berhenti..

PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber : Tiktok dan Instagram