Menerusi perkongsian klip durasi pendek ini disiarkan oleh akaun Tiktok dashcamjalanan.hq, dan telah ditular baru-baru ini di media sosial.
Dalam video klip ini menunjukkan sebuah penunggang motosikal menghalang kenderaan yang memotong barisan di garisan berkembar. Dikatakan kenderaan tersebut dari Singapura, dan tindakan pemandu itu sememangnya membuatkan para netizen berasa kurang senang. Oleh itu, terdapat seorang penunggang motosikal yang menghalang kenderaang itu walaupun lampu isyarat sudahpun bertukar hijau.
Tindakan ‘rider’ juga telah mendapat pelbagai reaksi daripada netizen dan memberikan beliau pujian kerana menghalang kenderaan tersebut dari memotong barisan di lampu isyarat.
(Gambar hiasan)
Netizen turut memberi komen mengenai video klip ini, mengatakan tindakan penunggang motosikal tersebut sememangnya membuatkan para penonton bersetuju dengannya. Ada juga yang mengatakan ‘rider’ itu sebenarnya seorang anggota polis, dan disebabkan itulah beliau bertindak sedemikian. Netizen juga berterima kasih kepada penunggang motosikal itu.
Perkongsian video klip di Tiktok ini telah mendapat sambutan orang ramai sebanyak 308.4K penonton, 13.9K sukaan dan 432 komen.
Baca lagi: Pelanggan Tiba-Tiba Menjerit Seperti ‘Dirasuk’, Sekali Pemilik Kedai Dedah Apa Yang Terjadi
Lihat klip durasi pendek tindakan penunggang motosikal tersebut:
View this post on Instagram
Lihat juga video dibawah:
Lihat apa juga kata orang ramai:
@hamzah: nak gantung id celah mana nya,,, baru nmpk kereta tu kena tahan dengan polis, rupa nya rider tu polis
@user5205118808103: smpai balai salah moto.. x payah nk panjang cerita.. apa² sita moto dlu
@Hey_itsTeha: Kat johor banyak gini..plate singapore le banyk buat hal potong q
@sHAHLINa: bagus RAKYAT MALAYSIA..BETUL2 RAKYAT JAGA RAKYAT…ALLAH JAGA RAKYAT MALAYSIA DAN PEMIMPIN YG AMANAH
@netomar127: cm ni la bkn sembang bagai relex aje masuk gear block trssss ex5 terbaikkkkkk
@noura: semoga Allah SWT melindungi & permudahkan segala urusan bro rider tu
@user91952911435258: Polis trafik tak ambil tindakan ke si plat S tu? Kalau Rakyat sendiri semua nak saman sampai ke lubang cacing.
@lanunshah: Full Respesct kat brader tu. kasi viral sama itu brader
PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
Sumber: Tiktok dan Instagram