Pelakon Han Hyo-joo dan Shin Hyun-bin mendedahkan persahabatan mereka di Instagram baru-baru ini.
Mereka dating selama 3 hari, termasuklah pergi ke pameran /kafe /persembahan /mukbang Pyeongyang Naengmyeon.
Pertama sekali, kedua-duanya melawat pameran “Frieze Seoul 2022” bersama-sama, dan menikmati masa mereka di sebuah kafe selepas pergi ke pameran Andreas Gursky pada hari berikutnya.
Kedua-duanya mengambil gambar pandangan belakang masing-masing dan mendedahkan penampilan semula jadi mereka.
Akhirnya, Han Hyo-joo mengeluarkan ulasannya selepas menonton persembahan Teater Kebangsaan Korea “Kwito: Rabbit’s Eight Difficulties”.
Kali ini, Shin Hyun-bin juga dilihat di dalam gambar Hyo-joo. Mereka mengakhiri dating mereka dengan menikmati Pyeongyang Naengmyeon dengan gembira.
Walaupun Han Hyo-joo dan Shin Hyun-bin tidak pernah bekerja bersama, mereka menjadi kawan baik melalui hubungan peribadi.
Kedua-duanya sering mendedahkan detik kehidupan harian mereka bersama, tetapi hakikat bahawa mereka telah keluar bersama selama tiga hari berturut-turut telah membuktikan persahabatan istimewa mereka.
Han Hyo-joo, yang menunjukkan sisi karismatiknya sebagai peneraju dalam filem “Pirate: The Last Royal Treasure” pada separuh pertama tahun ini, akan membuat penampilan istimewa dalam “20th Century Girl” Netflix. Dia juga sedang melakukan penggambaran “Believer 2”.
Baca lagi: “Tahulah Yujin Dengan Wonyoung Terkenal, Tetapi Perlu Ke Ahli Yang Lain Diperlakukan Sebegitu?”
Baca lagi: Tiada Lagi Kisah Percintaan Yuri Girls Generation Selepas Putus Dengan Individu Ini
Pada separuh pertama tahun 2022, Shin Hyun-bin juga membintangi siri asal TVing “Monstrous”. Aktres itu bekerja keras bersama Song Joong-ki dalam drama JTBC “The Youngest Son of a Conglomerate”, yang akan ditayangkan pada bulan November ini.
Ramai peminat drama mengharapkan dua sahabat baik ini dapat disatukan dalam satu karya yang sama tidak lama lagi.