Sebut je negara Korea Selatan, semua akan terfikir mengenai artis mereka yang terlibat dengan pembedahan plastik. Memang ada yang berbuat demikian, tapi biar lah itu antara mereka dan hal itu agak peribadi. Mungkin mengambil masa untuk mereka menjelaskan mengenai pembedahan plastik tersebut.
Namun begitu, masih ada selebriti yang memiliki rupa paras yang sememangnya cantik tanpa pembedahan plastik. 9 artis Korea ini telah disahkan tidak pernah melakukan pembedahan ke atas rupa paras mereka, dan mereka kelihatan jelita walaupun ada yang sudah berusia:
Yoona (Girls Generation)
Yoona merupakan artis Korea yang memiliki rupa paras yang cantik. Dia pernah tersenarai antara 100 wanita tercantik di dunia pada tahun 2013 oleh Independent Critics. Yoona turut dilabel sebagai wanita tercantik di Asia oleh sebuah majalah daripada China.
Kim Tae Hee
Kim Tae Hee mempunyai rupa paras yang diidamkan oleh semua wanita kerana memiliki mata yang besar, bibir tebal, dan kelopak mata. Sehingga kini, dia masih disebut antara wanita tercantik di Korea.
Park Shin Hye
Park Shin Hye menjelaskan dalam satu temubual yang dia tidak pernah melakukan apa-apa perubahan di wajahnya kerana menganggap perkara itu menyakitkan sahaja.
Sandra Park (2NE1)
Sandra Park dikatakan memiliki kecantikan yang asli dan disebabkan itu dia sentiasa dipilih menjadi CF untuk kebanyakan produk kecantikan di Korea.
Song Hye Kyo
Duta kecantikan produk terkenal Laneige ini memang tidak dinafikan lagi kecantikan nya semenjak azali. Setiap tahun, nama nya pasti tersenarai antara 100 yang tercantik di dunia. Bukan sahaja memilik rupa paras yang cantik, beliau juga memiliki latar belakang pendidikan yang hebat.
Song Ji Hyo
Gambar Song Ji Hyo pernah dianalisis oleh doktor pakar pembedahan plastik dan mengesahkan bahawa kecantikan dimiliki oleh Ji Hyo adalah kecantikan asli.
Moon Geun Yong
Wajah pelakon ini dari zaman kecil sehingga sekarang memang tiada beza dan membuktikan bahawa dia tidak pernah melakukan pembedahan plastik.
Jang Na Ra
Pelakon ini mendapat gelaran “Babyface” Korea kerana wajah yang tidak langsung berubah daripada zaman dahulu sehingga sekarang.Dah berusia pun masih cantik ya!
Han Ga In
Peminat fanatik G dragon ini memiliki kulit yang cantik dan disenaraikan sebagai wanita tercantik Korea. Seorang yang kecil molek membuatkan dia sentiasa kelihatan awet muda.
Ha, ada je kan yang tak buat plastic surgery! Embrace yourself gitu! Kita tetap cantikkk ya bestiqueee
Sumber: Murai
Baca artikel terdahulu: “Tak Sangka Dia Begitu”- Charlie Puth “Kantoi” Kongsi Sesuatu Mengenai NewJeans’