Home Entertainment Selebriti Korea Ini Berkongsi Realiti Hidupnya Setelah Mengahwini Taikun Perniagaan Thailand

Selebriti Korea Ini Berkongsi Realiti Hidupnya Setelah Mengahwini Taikun Perniagaan Thailand

0

Pada tahun 2014, aktres Shin Joo-ah mendirikan mahligai cinta dengan ahli keluarga konglomerat generasi ketiga Thailand.

Berita perkahwinannya yang bagaikan straight keluar dari buku cerita Cinderella itu sememangnya mengundang cemburu orang ramai lebih-lebih lagi apabila dia berkongsi kehidupan mewahnya di dalam rumah agam di Thailand menerusi YouTube salurannya, lapor Wikitree.

kjfd

Baru-baru ini Shin Joo-ah muncul sebagai tetamu dalam rancangan ‘Oh Eun-young’s Golden Counseling Center’, sebuah program TV tentang kaunseling kendalian seorang pakar psikiatri. Pengakuan aktres itu tentang realiti kehidupan sebenarnya yang memeranjatkan ramai.

“Sudah tujuh tahun berlalu sejak saya berkahwin ni. Suami memang sangat baik dan saya menjalani kehidupan bahagia. Cuma saya selalu sunyi…”. dedah Shin Joo-ah.

Dengan wajah bingung, salah seorang pengacara bernama Park Na-rae pun mencelah, “Saya tengok kehidupan anda di media sosial dan YouTube. Suami anda sangat kacak, ada rumah bagus dan saya tak rasa ada ruang untuk kebosanan.”

lbdd

“Memanglah, tapi saya cuma tenung dinding dan bercakap sorang-sorang. Bila saya ke kolam renang di rumah, saya akan tegur ‘Hello, pokok, burung’ dan mula bercakap dengan diri sendiri.” balas Shin Joo-ah.

Luahnya lagi, “Suami saya seorang ahli perniagaan, jadi sangat sibuk. Sebenarnya, bila di rumah saya banyak habiskan masa bersendirian berbanding berdua. Saya tak ada sesiapa nak bercakap-cakap, tak mudah buat kawan dengan selesa. Saya takut tak reti bab-bab hubungan interpersonal ni.

lhg

Ketika ditanya adakah dia tidak berminat untuk bekerja di Thailand, Shin Joo-ah jawab “Saya asalnya nak mulakan bisnes K-beauty, tetapi semua gagal kerana pandemik.”

Dr. Oh Eun-young yang simpati dengan kerunsingan aktres itu pun mengulas, “Kehidupan anda seperti anak patung di dalam almari kaca. Mesti rasa sunyi bila tinggal di dalam rumah besar itu.”

“Apabila sudah terbiasa dengan kehidupan begini, nampaknya macam saya tak reti buat apa-apa. Malah jejak saya di Korea juga semakin pudar, kerana telah transform jadi ‘Shin Joo-a baru’, versi yang tinggal di Thailand.” kata aktres itu lagi.