Hailey Bieber nampak gembira bergambar dengan Selena Gomez pada sebuah acara di Los Angeles pada hari Sabtu lepas, selepas menyangkal khabar angin yang mengatakan mereka bergaduh kerana hubungan mereka dengan Justin Bieber.
Hailey dan Selena bukan sahaja tersenyum untuk kamera di gala tahunan kedua ‘Academy Museum of Motion Pictures’, malah mereka juga berkongsi pelukan yang dirakam oleh jurugambar Tyrell Hampton.
https://www.instagram.com/p/CjyM2l1v33O/
“Plot twist,” tulis Hampton di Instagram.
Pertunjukan mesra itu dibuat selepas kemunculan Hailey baru-baru ini di podcast “Call Her Daddy”, di mana dia menegaskan bahawa dia dan Selena tidak bermusuh antara satu sama lain.
Hailey juga baru-baru ini berkata dalam temu bual bahawa dia dan Selena telah bercakap.
“Ini semua disebabkan hormat. Ini semua disebabkan cinta. … Kami berdua tidak berhutang dengan sesiapa kecuali rasa hormat. Saya sangat menghormatinya, dan saya tak mengharapkan apa-apa pun [antara kami]. Saya menghormatinya,” kata model, 26 tentang Selena, 30.
“Semua orang di sekeliling kami tahu apa yang berlaku, dan kami baik-baik sahaja, dan kami boleh laluinya dengan jelas dan hormat,” sambungnya, merujuk dia dan Justin, 28, yang bertunang pada Julai 2018, beberapa bulan selepas perpisahan terakhirnya dengan Selena.
Baca lagi: Ravn ONEUS Dikecam Kerana Didakwa Meminta Peminatnya Hadiah Mahal
Hailey juga mengesahkan bahawa dia telah bercakap dengan Selena sejak berkahwin dengan penyanyi “Peaches” pada September 2018 dan mengulangi bahawa “tiada drama” antara mereka.
Hailey juga menegaskan semasa temu bual itu bahawa dia tidak pernah “merampas” Justin daripada Selena kerana itu bukan “wataknya.”
Sumber: [1]