Home Entertainment Selepas curang Lee Byung Hun Terpalit Skandal Seleweng Cukai

Selepas curang Lee Byung Hun Terpalit Skandal Seleweng Cukai

0

Lee Byung Hun dilaporkan melakukan penyelewengan cukai setelah terjerat kontroversi curang.

073EF16F 68B7 4834 BBBB 9D166E7CAB94

Lee Byung Hun kini kembali dengan skandal terbaru. Setelah dilanda kontroversi kecurangannya, suami Lee Min Jung itu kini dilaporkan melakukan penyelewengan cukai. Lee Byung Hun dilaporkan menjadi sasaran siasatan dan dikenakan denda bernilai sekitar 100 juta Won (USD $102,000).
Menurut laporan audit khas yang diperolehi oleh Lembaga Cukai Kebangsaan, pihak mereka mendapati laporan audit cukai pelakon Lee Byun Hun selama ini mempunyai data yang mencurigakan.
Menurut laporan media pada 28 Februari 2023, Lembaga Cukai Kebangsaan melakukan siasatan cukai khusus terhadap Lee Byung Hun dan agensinya BH Entertainment pada September tahun lalu. Siasatan yang dilakukan tidak sama seperti pemeriksaan cukai yang biasa.
Lembaga cukai akan melakukan penyiasatan khas kerana terdapat kecurigaan tentang penyelewengan cukai terhadap sesebuah syarikat atau seseorang individu. Dalam proses ini, Lee Byung Hun dijatuhi hukuman perlu membayar denda sebanyak 100 juta Won.
CD96887B 92DD 4C60 B5D0 DC68474FE8E5
Sebelum ini, netizen sering tertanya-tanya mengapa Lee Byung Hun perlu membayar denda tambahan ke atas masalah yang menyeretnya. Muncul khabar angin yang menyatakaan ada kemungkinan denda ini berkaitan dengan pelaburan hartanah yang melibatkan individu dan syarikat.
Lee Byung Hun dikhabarkan pernah membeli bangunan 10 tingkat di kawasan Yangpyeong-dong, Seoul pada tahun 2018. Seterusnya, pelakon yang kin berusia 52 tahun itu menjual bangunan tersebut pada tahun 2021, dan mendapat keuntungan sebanyak 10 juta Won.
Walau bagaimanapun, BH Entertainment selaku agensi Lee Byung Hun menyangkal dan membantah khabar angin mengenai bangunan 10 tingkat tersebut. Pihaknya mahu memastikan siasatan ini tidak berkaitan dengan penggelapan cukai, melainkan kesalahan kesalahan akauntan syarikat yang tersalah menulis bonus para artis.
Memang benar cukai dikumpulkan oleh Lembaga Cukai Kebangsaan, tetapi kes ini (Lee Byung Hun) tidak ada kaitan dengan masalah penyelewengan cukai,” tegas agensi BH Entertainment yang dipetik dari sumber Allkpop pada hari Rabu, 1 Mac 2023.
Kami membayar bonus kepada para artis dengan duit peribadi, tetapi akauntan mencatitnya sebagai pengeluaran duit syarikat lantas menimbulkan masalah dan selain itu sejumlah wang dari modal telah diasingkan untuk tujuan derma dan kebajikan, yang kemudiannya disalah erti sebagai subjek kes pembayaran tambahan tersebut (denda),” kata wakil BH Entertainment.
Walau bagaimanapun, netizen tetap curiga. Kes seleweng cukai ini turut membuat nama Lee Byung Hun kembali terpalit kontroversi. Sebelum masalah seleweng cukai ini, Lee Byung Hun pernah terlibat kontroversi curang yang telah berlaku sebanyak dua kali. Dia juga pernah melaporkan bahawa dia diugut oleh bekas anggota kumpulan GLAM iaitu Dahee.

A5FF5323 77F4 4FEC A5F0 3155338542DB

Walaupun pernah menyangkal dakwaan bahawa dia curang, tetapi akhirnya Lee Byung Hun mengakui kecurangan tersebut dan meminta maaf kerana sudah menyakitkan hati isterinya. Selepas ribut tersebut reda, rumah tangga Lee Byung Hun dan Lee Min Jung kembali harmoni dan sudah kini sudah menginjak usia 10 tahun.
Baca Lagi: Penonton “Taxi Driver” Kecewa Apabila Tiada Watak Pelakon Ini Di Musim Ke-2
Baca Juga: Taecyeon 2PM Terpalit Skandal Seks di Kelab Malam