Home Fashion Selepas Kontroversi Pakai Barangan Mewah Palsu, Netizen Korea ‘Back Up’ Free Zia

Selepas Kontroversi Pakai Barangan Mewah Palsu, Netizen Korea ‘Back Up’ Free Zia

0

Baru-baru ini, terdapat segelintir netizen Korea yang menyatakan bahawa YouTuber Free Zia (Song Ji Ah daripada ‘Single’s Inferno’) dikritik terlalu teruk di atas apa yang telah dilakukannya.

1642716326 untitled 1

Terdapat seorang netizen yang menyuarakan pendapatnya tentang kontroversi barangan mewah palsu Free Zia.

Netizen tersebut menjelaskan, “Saya tidak mahu mengkritik mahupun membela dia tetapi saya rasa dia mendapat terlalu banyak kritikan.

1642718263 image

Malah, dia telah dikritik lebih hebat berbanding dengan lelaki yang membunuh bekas teman wanita.”

Netizen yang mencipta siaran itu terus berkata, “Saya rasa orang sudah cukup mengutuknya dalam pelbagai platform media sosial seperti YouTube, Facebook, Instagram, dan banyak lagi.

Sampai bila sahaja dia boleh bertahan sedangkan dia hanyalah manusia biasa yang telah menjadi terkenal melalui YouTube.

md jiah 21012022

Kemudian dengan sekelip mata dia mula mendapat beribu- ribu komen yang negatif. Saya rasa dia telah menerima hukuman yang setimpal.”

Terdapat ramai netizen yang turut bersetuju dengan pencipta post tersebut. Netizen lain menambah, “Saya rasa saya akan sangat sedih jika saya mendengar nama saya dipermainkan dengan dipanggil sebagai Pembohong Zia dan Zia Palsu.

Sekarang, semua orang akan tahu betapa seriusnya memakai barang palsu. Jadi sekarang mari kita berhenti,”

32bc7 16424946597206 1920

Netizen lain turut berkumpul di posting lain untuk menyatakan betapa bingungnya mereka melihat Free Zia yang dikritik teruk.

Netizen mengulas, “Bagaimana dia boleh mendapat lebih banyak kritikan daripada selebriti yang ditangkap minum dan memandu, atau berjudi? Semua saluran media berita hiburan dipenuhi dengan artikel mengenainya,”

“Sudah tentu, memakai barang palsu adalah salah tetapi media perlu diubah. Mereka seperti bersedia untuk membunuh seseorang,”

1643142620 image

“Dia mengaku kesalahannya dan telah menyiarkan satu video permohonan maafnya, jadi berhentilah mengkritiknya sekarang,”

Sumber: allkpop