Para pelakon yang hadir ke SBS Drama Awards nampaknya sepakat mengenakan kod berpakaian dengan warna hitam dan warna berkabung untuk menghormati rakan seperjuangan mereka yang baru sahaja meninggal dunia dalam keadaan tragis iaitu mendiang Lee Sun Kyun.
Baca lagi: Pelakon Lee Sun Kyun ditemui mati kerana membunuh diri
Acara gilang gemilang SBS Drama Awards itu berlangsung di SBS Prism Tower di Seoul, Korea Selatan, pada 29 Disember 2023. Wakil pihak SBS Drama Awards mengatakan bahawa mereka tidak mengatur dan menyuruh para pelakon yang hadir untuk mengenakan pakaian serba hitam untuk mengenang Lee Sun-kyun. Namun, mereka juga tidak melarang perkara itu.
“Jika anda semua ingin memakainya (pakai baju hitam), dipersilakan,” kata wakil SBS Drama Awards, seperti diberitakan oleh Hankyung pada 28 Disember 2023.
Selepas majlis pengebumian mendiang Lee Sun Kyun, para hadirin yang memeriahkan acara SBS Drama Awards 2023 kali ini sepakat untuk mengenakan warna busana berkabung. Para bintang terkenal Korea Selatan hadir dengan menawan mengenakan pakaian serba hitam terbaik mereka.
Di acara red carpet SBS Drama Awards 2023, Kim Tae Ri, Kim Yoo Jung, Pyo Ye Jin dan Gong Seung Yeon menggunakan pakaian warna hitam sesuai dengan suasana duka yang menyelubungi industri hiburan Korea Selatan.
Acara tetap berlangsung walaupun salah seorang pelakon dengan nama besar, Lee Sun Kyun telah meninggal dunia dengan tragis. Para pelakon ini menghadiri acara dengan mengubah penampilan mereka menjadi serba hitam kerana masih dalam suasana berkabung dan tanda penghormatan untuk mendiang sahabat mereka.
Para pelakon drama SBS iaitu The Law yang turut menampilkan Lee Sun Kyun kali ini mengumumkan bahawa mereka tidak hadir dan tidak turut serta dalam acara tahun ini. Mereka tidak menghadiri acara SBS Drama Awards kerana menghormati mendiang Lee Sun Kyun.
Lee Sun Kyun sebelum ini membintangi drama Korea yang bertajuk Payback yang ditayangkan di SBS pada tahun ini. Mendiang mendapat pujian hasil lakonannya sebagai Eun Yong.
Pelakon yang berusia 48 tahun itu disebut-sebut sebagai salah seorang calon dalam kategori anugerah untuk SBS Drama Awards tahun ini. Namun, pencalonan itu terlepas dari genggamannya apabila dia terpalit dengan kes penyalahgunaan dadah yang mencemarkan namanya pada bulan Oktober lalu.
Hari berlangsungnya acara SBS Awards 2023 ini juga adalah pada hari yang sama dengan hari pengebumian Lee Sun-kyun yang diadakan secara tertutup. Upacara pengebumian itu diadakan secara tertutup di sebuah tanah perkuburan kawasan Bandar Buan, Wilayah Jeolla Utara atau Jeonbuk.
Baca lagi: Suasana Hiba Di Upacara Pengebumian Lee Sun Kyun Pada 29 Dis, Dibanjiri Dengan Selebriti Terkenal Korea
Lee Sun-kyun ditemui meninggal dunia pada usia 48 tahun di dalam sebuah kereta di sebuah taman di Seoul pada 27 Disember 2023 pada pukul 10.30 pagi waktu tempatan.
Kematian tragis Lee Sun-kyun terjadi selepas beberapa hari dia menjalani soal siasat selama 19 jam, soal siasat adalah berhubung kait dengan kes dadah yang dihadapinya.
Mendiang pernah menyatakan bahawa dia merasa diperlakukan secara tidak adil dalam siasatan kes ini, sementara itu semua ujian dadah yang dijalankan menyatakan bahawa mendiang Lee Sun Kyun adalah bebas dan negatif dadah. Selain meninggalkan seorang isteri yang dikahwininya sejak tahun 2009 iaitu Jeon Hye-jin, mendiang Lee Sun-kyun juga meninggalkan dua orang anak.