Home Entertainment “Semakin Cantik Badan Jihyo”- Peminat Teka Song Ji-hyo ‘Workout’ Dengan Kim Jongkook

“Semakin Cantik Badan Jihyo”- Peminat Teka Song Ji-hyo ‘Workout’ Dengan Kim Jongkook

0

Peminat setia Song Ji-hyo pasti mengetahui perubahan dirinya yang semakin ketara selepas membuat perbandingan beberapa posting Jihyo di akaun Instagram miliknya. Tambahan pula, Jihyo dilihat semakin aktif membuat hantaran di laman sosial itu.

Pada mulanya, Jihyo hanya membuat hantaran beliau mengenakan pakaian kasual dan tidak mendedahkan beberapa bahagian badan, tetapi kini beliau semakin berani, dan terbaru beliau dilihat mengenakan pakaian tanpa lengan serta menampakkan sedikit bahagian perutnya!

Screenshot 2022 09 15 at 7.47.04 PM

Peminat mula meneka bahawa Jihyo mendapat bentuk badan tersebut berkat daripada bersukan bersama dengan rakan seperjuangannya dalam Running Man, Kim Jungkook. Wanita itu juga pernah menjadi tetamu jemputan dalam saluran Youtube Kim Jongkook, ‘GYM Jongkook’, tahun lalu.

Screenshot 317

Tahun lalu, badan Jihyo tidak kelihatan seperti itu dan nampak lain daripada sebelumnya. Mereka turut bersembang mengenai rutin senaman ketika rancangan ‘running man’.

Cantikkan Jihyo sekarang!

Sumber: Kimchi Daily

Baca artikel terdahulu: Leonardo Dicaprio & Gigi Hadid Digosipkan Bercinta!!!