Home Concert Semua Ahli TWICE Mendapat Pujian Disebabkan Tubuh Badan Yang Fit Dan Sihat

Semua Ahli TWICE Mendapat Pujian Disebabkan Tubuh Badan Yang Fit Dan Sihat

0

TWICE telah memulakan jelajah dunia mereka dan berjaya mengadakan konsert pertama mereka di LA baru-baru ini.

Pada 15 Februari KST, JYP Entertainment mengumumkan bahawa TWICE akan membatalkan semua aktiviti mereka kerana keadaan yang tidak mengizinkan.

1645032605 image

Walaubagaimanapun, konsert jelajah itu masih diteruskan dan setiap ahli menyediakan persembahan yang menakjubkan untuk peminat mereka.

Jelajah dunia itu telah bermula tahun lepas, dimulakan dengan Seoul dan kemudian mereka mempersiapkan diri untuk persembahan mereka di luar Negara pula.

Sebaik konsert selesai, peminat dengan pantas berkongsi foto konsert tersebut dan mendapat perhatian ramai netizen.

1645032555 image

1645032577 image

Khususnya, netizen memuji penampilan TWICE yang cergas dan kelihatan sangat sihat semasa konsert itu berlangsung.

Netizen Korea mengulas, “Dang, mereka kelihatan hebat,” “Saya juga harus pergi bersenam,” “Mereka kelihatan sangat cergas, senang melihat mereka tidak kurus kering,”

Baca lagi: Video “Turun 5kg Dalam Masa Seminggu” Lee Young Ji Cecah 5 Juta Tontonan

1645032569 image

“Otot mereka kelihatan sangat hebat,” “Mereka sangat cergas,” “Mereka cantik,” “Mereka mesti banyak bersenam,” “Mereka mempunyai badan yang sangat cergas dan kelihatan sihat,”

1645032566 image

“Mereka semua mempunyai badan yang tegap,” dan “Saya sangat gembira kerana mereka kelihatan sangat sihat dan cergas.”

Sumber: allkpop