Home Entertainment Seo In Ho “Dr Cha” Bawa Watak Suami ”RED FLAG”

Seo In Ho “Dr Cha” Bawa Watak Suami ”RED FLAG”

0

Watak Seo In Ho yang dilakonkan oleh Kim Byung Chul dalam drama siri “Dr Cha”merupakan watak seorang suami kepada Cha Jeong Suk (Uhm Jung Hwa). Seo In Ho merupakan seorang suami yang seringkali mengabaikan perasaan dan kebajikan isterinya.

Sebagai seorang suami, Seo In Ho langsung tidak menunjukkan sikap seorang suami yang sebenar bahkan sangat tidak menepati ciri-ciri seorang suami idaman. Mempunyai seorang isteri yang sangat rajin dan bersungguh-sungguh menguruskan rumah tangga juga tidak membuatkan Seo In Ho bersyukur, lebih teruk lagi dia sanggup berlaku curang dan menduakan isterinya yang sungguh setia.

Pelbagai sikap dan kelakuan buruk Seo In Ho dalam drama siri “Dr Cha” ini membuatnya layak disebut sebagai suami “RED FLAG” ataupun suami tak guna!

IMG 4051

Jom kita lihat kenapakah Seo In Ho layak dipanggil sebagai suami yang tidak berguna dan paling red flag:

IMG 4085 scaled

1. Seo In Ho tidak peka dengan kesusahan yang dialami oleh isterinya dalam menguruskan rumah tangga

IMG 4079

2. Dia membiarkan isterinya membuat kerja-kerja yang berat dan turut menyuruh isterinya yang malang itu untuk mengurus ibunya

IMG 4075

3. Sepatutnya dia memahami bahawa isterinya sudah kepenatan dalam menguruskan hal-hal dia dan anak-anaknya sehingga tidak perlu diberi beban untuk mengurus ibunya pula

IMG 4045

4. Seo In Ho termasuk dalam golongan suami yang terlebih kedekut, dia akan marah jika isterinya mengeluarkan wang yang terlalu banyak

IMG 4076

5. Dia juga tidak pernah memberikan wang tambahan untuk isterinya, padahal dia mendapatkan bonus gaji yang besar dan lumayan sebagai seorang profesor dan doktor pakar

IMG 4073

6. Dia tidak pernah memanjakan isterinya sebagaimana layaknya, seperti menyuruhnya menghadiahkannya barang-barang mewah ataupun membawanya memanjakan diri ke salon

IMG 40727. Dia terlalu mematuhi ibunya sehingga seringkali mengabaikan kepentingan isterinya sendiri. Sebagai seorang ketua keluarga seharusnya dia boleh menyesuaikan diri dengan baik dan menjaga hati semua pihak

IMG 40698. Layak disebut tidak bersyukur mempunyai isteri yang baik, dia sanggup curang dengan bekas kekasihnya semasa belajar perubatan dahulu

IMG 4049 19. Seo In Ho juga tidak menyokong keinginan dan impian isterinya. Sewaktu isterinya ingin menjadi doktor pelatih semula, dia mengejek dan mengatakan bahawa isterinya tidak akan berjaya menggapai cita-citanya

8db8155b ed84 49e6 b7ab bc90f8aa43a3 1Demikian sahaja beberapa alasan yang membuatkan Seo In Ho dicop sebagai suami red flag. Kelakuan Seo In Ho terhadap isterinya Cha Jeong Seok sangatlah buruk dan langsung tidak boleh dijadikan contoh dalam kehidupan berumah tangga.

Baca Lagi: 11 Cabaran Watak Cha Jeong Suk Sebagai Suri Rumah Dalam “Dr Cha”

Baca Juga: 9 Projek Terbaru Para Pelakon Kdrama “Oasis”