Home Artis Korea Seo Kang Joon Bakal Muncul dalam Kdrama Komedi Baru “Undercover High School,...

Seo Kang Joon Bakal Muncul dalam Kdrama Komedi Baru “Undercover High School, Ejen Rahsia Menyamar Pelajar Sekolah

0

Rangkaian televisyen MBC telah mengumumkan tentang drama terbaru mereka yang berjudul Undercover High School.

Bersama dengan pengumuman tersebut, pelakon kacak yang diminati ramai iaitu Seo Kang Joon telah disahkan sebagai pelakon utama yang akan membawa watak sebagai seorang ejen rahsia.

Bagaimanakah agaknya jalan cerita drama terbaru ini? Mari sama-sama kita lihat dibawah sinopsis drama Undercover High School dan beberapa perkara menarik lain tentang drama ini.

 

1. Sinopsis drama Undercover High School

9e5befc9 3ffb 487c a702 194c4f533374 1

Drama Undercover High School merupakan drama komedi yang menyoroti kisah kehidupan seorang jejaka yang bernama Jung Hae Sung yang merupakan seorang ejen rahsia yang bekerja di Badan Risikan Nasional (NIS).

Jung Hae Sung menyamar sebagai pelajar sekolah menengah untuk menyiasat dan mencari maklumat tentang jongkong emas Raja Gojong yang hilang. Walau hanya sebuah penyamaran, Jung Hae Sung berjaya membina solidariti dan menerima empati dari kawan-kawan sekelasnya melalui kehidupan sekolah. Lalu, mampukah kah Jung Hae Sung menjalankan misinya dengan berjaya?

 

2. Penampilan Seo Kang Joon selepas tamat latihan ketenteraan wajib

Undercover High SchoolSelain memiliki plot yang menarik, drama Undercover High School juga nampaknya menampilkan Seo Kang Joon yang sangat diminati ramai sebagai pelakon utama yang membawa watak Jung Hae Sung. Menariknya, drama ini menandakan penampilan sulung pelakon ini selepas menjalani latihan ketenteraan wajib.

Drama Korea yang ditulis oleh Im Young Bin yang sebelum ini telah berjaya menulis drama Bad Prosecutor, baru mendedahkan nama Seo Kang Joon sahaja sebagai salah seorang pelakon utama. Setakat ini, belum ada maklumat lebih lanjut berkaitan nama-nama pelakon lain.

 

3. Tarikh tayangan drama Undercover High School

Seo kang joonNampaknya bersama-sama dengan pengumuman penglibatan Seo Kang Joon sebagai pelakon utama drama Undercover High School pada 10 Jun 2024, pihak MBC juga sekaligus mengesahkan tarikh tayangan drama tersebut.

Mengikut rancangan, drama Undercover High School akan ditayangkan pada tahun 2025 akan datang. Drama komedi ini hanya mengandungi 12 episod sahaja.

Pasti para peminat setia Seo Kang Joon sudah tidak sabar untuk menonton lakonannya sebagai ejen rahsia selepas berjaya menamatkan latihan ketenteraan wajibnya pada 22 Mei 2023 lalu!

Baca lagi: 11 Drama Korea Tentang Watak yang Mempunyai Pelbagai Personaliti, Perwatakan yang Berubah-Ubah
Baca juga: 5 Filem Dokumentari Korea dari Kisah Benar, Pendedahan Sisi Gelap Negara Ginseng

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here