Seo Won Jeong ialah pencipta kandungan TikTok yang popular dari Korea Selatan juga terkenal di luar negara.
Seo Won Jeong menjadi viral kerana identitinya tersendiri sehingga dikenali sebagai ‘Mama Boy’, kerana ciri khasnya menjerit “Mama!”. Sejak penampilan pertamanya di TikTok pada tahun 2020, Seo Won Jeong telah mengumpulkan 55.6 juta pengikut
Seo Won Jeong juga termasuk dalam senarai 30 bawah 30 tahun Forbes atas pencapaiannya dalam bidang penciptaan kandungan. Dia juga banyak muncul dalam sesi fotografi majalah.
Bagi anda yang mengikuti Seo Won Jeong, anda mungkin perasan bahawa dia sudah lama tidak membuat sebarang kandungan, kali terakhir pada Julai 2023.
Selepas berbulan lamanya menghilang, para pengikutnya dikejutkan dengan berita dari Won Jeong. Ternyata puncanya adalah kerana dia sedang berhadapan masalah dengan tindakan undang-undang.
Seo Won Jeong, atau Won Jeong Man, memperoleh status selebritinya di TikTok, menjadi pencipta kandungan bukan selebriti yang paling diikuti di Korea pada platform tersebut. Popularitinya menyaksikan lonjakan besar, kerana video tularnya dan jeritan “Mama!”.
Bagaimanapun, tuduhan terhadapnya baru-baru ini telah membawa kepada bantahan besar daripada orang ramai. Berita ini mula menjadi topik perbualan hangat dan trending selepas media SBS melaporkan bahawa influencer A sedang disiasat atas dakwaan serangan seksual.
Influencer A dan rakannya dikatakan sedang minum bersama seorang wanita. A dan rakannya membawa wanita itu ke rumah rakannya yang lain. Di situlah kejadian “rogol” berlaku.
Wanita itu kemudian menghubungi polis untuk melaporkan kejadian yang menimpanya selepas bangun dari tidur. Wanita itu mengaku mendengar rakaman suara yang mengandungi kandungan (content) ketika kedua lelaki itu sedang “melakukan sesuatu” kepadanya.
SBS juga berkata, ketika polis tiba, influencer A enggan membuka pintu untuk menyiasat tempat kejadian sehingga pihak bomba campur tangan untuk membuka pintu. Daripada ciri-ciri yang diberitakan, netizen juga tahu bahawa influencer A ialah Seo Won Jeong.
Sementara itu, Seo Won Jeong dilaporkan mendakwa wanita itu melakukan hubungan dengannya secara sukarela.
Siasatan SBS telah menjelaskan sebab di sebalik ketidakhadirannya di media sosial secara tiba-tiba. Insiden ini menjadi peringatan yang menyedihkan tentang cabaran dalam menguruskan status selebriti dan potensi kerosakan yang boleh ditimbulkan oleh isu undang-undang terhadap kedudukan seseorang.
Kini kes itu telah dipindahkan ke pejabat pendakwa raya. Jika terbukti bersalah, Seo Won Jeong boleh dijatuhkan hukuman penjara 7 tahun.
Namun, kes tersebut juga dikatakan dibicarakan di mahkamah pada 17 Januari 2024 manakala sehingga kini, pihak pengurusan Seo Won Jeong, SOONENT dilaporkan masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung kejadian tersebut.