Home Entertainment Seo Ye-ji Bakal Membintangi K-drama Terbaru Setelah 5 Bulan Menyepi Kerana Skandal

Seo Ye-ji Bakal Membintangi K-drama Terbaru Setelah 5 Bulan Menyepi Kerana Skandal

0

Pelakon Seo Ye-ji sedang dalam perbincangan untuk berperanan sebagai watak utama dalam K-drama baru berjudul ‘Eve’s Scandal’, lapor media Korea menerusi The Star.

Berita kemunculannya semula di skrin ini hadir setelah lima bulan dia dilanda kontroversi yang melibatkan bekas teman lelakinya yang juga pelakon, Kim Jung-hyun.

Kerana skandal ini – di mana dia didakwa mengawal tingkah laku Kim, melarang teman lelakinya berinteraksi dengan rakan-rakan perempuan – dan tuduhan lain seperti tingkah laku yang tidak beradab terhadap seorang kakitangan.

Akhirnya Seo keluar daripada drama K-berjudul ‘Island’ pada bulan Mei lalu. Beberapa jenama turut menyingkirkannya daripada menjadi model mereka.

Namun pelakon ‘It’s Okay To Not Be Okay’ telah menafikan tuduhan ini.

Berkenaan dengan Seo yang sedang dalam pertimbangan untuk buat comeback, agensinya tidak memberi pendedahan dengan terperinci sebaliknya hanya mengatakan: “Seo Ye-ji menerima tawaran untuk tampil dalam Skandal Eve dan kami sedang meneliti.”

Drama ini dilaporkan akan ditayangkan pada tahun depan. Ia mengisarkan tuntutan perceraian mahal yang melibatkan pasangan kaya raya.

Sekiranya Seo menerima peranan itu, bintang Save Me ini akan memainkan watak seorang wanita yang terperangkap di tengah perceraian.