Menerusi perkonsian kisah ini dikongsikan oleh akaun Facebook OhBulan, dan telah ditular baru-baru ini.
Mengisahkan seorang pelancong yang berasal dari Jerman dilaporkan bahawa zakarnya akan dipotong atas tindakan melakukan hubungan intim dengan isterinya berulang kali selama 24 jam ketika berbulan madu di Itali.
Lelaki ini yang berusia 50 tahun didakwa telah melakukan hubungan seks tanpa henti selepas memakan pil perangsang, dan tindakan beliau telah mengakibatkan mangsa mengalami kejutan septik.
Kejutan septik ini adalah komplikasi kepada jangkitan. Pesakit-pesakit di unit rawatan intensif (ICU) lebih cenderung dipengaruhi dengan keadaan ini berbanding pesakit-pesakit yang lain, dan sesetengah pesakit boleh mengelami disfungi organ yang membawa maut.
Lelaki itu juga telah berada dalam keadaan sesrius dan dikejarkan ke hospital di Grosseto, Itali untuk mendapatkan rawatan selanjutnya. Seminggu kemudian, selepas beliau pulang dari bercuti keadaan lelaki itu kembali serius dan telah dibawa ke Hospital Misericordia serta ditempatkan di unit rawatan rapi manakala si isteri turut mendapatkan rawatan.
Kisah ini juga telah mendapat perhatian warganet, yang mengatakan bahawa lelaki ini terlalu memikirkan nafsunya sehingga memakan pil perangsang dan boleh memberi kesan kepada antibodi serta kesihatannya.
Ada juga yang menjadikan ia sebagai bahan lawak diruangan komen mengenai hubungan seks dan beberapa komen yang tidak sepatutnya diberi. Warganet juga yang mengatakan sesetengah ubat-ubatan atau suplemen ada yang tidak berdaftar oleh Kementerian Kesihatan dan boleh dirampas.
Perkongsian kisah ini telah mendapat perhatian orang ramai sebanyak 136 sukaan dan 31 komen.
PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
Sumber: Ohbulan