Sebelum ditayangkan secara rasmi, drama ‘Snowdrop’ dilanda kontroversi dan dituduh menyeleweng sejarah berdasarkan sinopsisnya. Sehinggakan satu petisyen diadakan bagi menghentikan tayangan drama tersebut.
Baca lagi: Rakyat Korea Masih Bantah Drama ‘Snowdrop’ Diteruskan
Baca lagi: Syarikat Perabot Kesal Menaja Drama ‘Snowdrop’, Penaja Lain Turut Tarik Diri
Bagaimana pun JTBC tetap berjaya menyiarkan drama berkenaan dari awal Disember 2021 hingga episod terakhir pada Januari 2022.
Setelah ditayangkan, akhirnya penonton menukar fikiran dan mendapati ‘Snowdrop’ terbukti tidak merosakkan sejarah atau berlakunya penyelewengan seperti yang didakwa.
Seorang netizen mengadu di laman komuniti dalam talian Korea bahawa dirinya disaman oleh JTBC kerana ‘Snowdrop’.
Hal ini kerana JTBC mengambil tindakan tegas atas kerugian yang mereka hadapi sebelum penyiaran drama tersebut akibat khabar angin yang tidak berasas daripada pihak yang tidak bertanggungjawab.
“Saya telah disaman oleh JTBC berhubung ‘Snowdrop’. Tolong bantu saya.” kata netizen tersebut sehingga menarik perhatian ramai.
Kemudian netizen yang dikenali sebagai A memuat naik tangkap layar komen-komennya yang mengkritik drama Snowdrop ketika kontroversi itu terjadi.
“Saya telah disaman oleh JTBC dan Drama House untuk posting di atas. Mereka mengatakan bahawa mereka jumpa maklumat untuk menghubungi saya lalu menghantar surat saman.” katanya.
“Ini mengarut. Saya nak tahu adakah hal macam ni pun boleh jadi penyebab disaman. Mohon saranan bagaimana nak hadapi situasi seperti ini.” tulisnya lagi.
Sementara itu, beberapa media Korea melaporkan JTBC akan mengambil tindakan undang-undang terhadap penyebar maklumat palsu berkaitan drama ‘Snowdrop’.
Selain itu, beberapa orang netizen turut mengaku mereka pernah menerima emel daripada pihak JTBC yang meminta mereka berhenti menyebarkan berita palsu berkaitan drama itu.
Sumber: [1]