Pada 9 September, PD Pyeon menulis anekdot bersama ASTRO Cha Eun Woo dalam majalah dalam talian Korea, Brunch. Khususnya, penerbit KBS itu merupakan salah seorang staff di sebalik ‘Seoul Festa 2022,’ di mana Kim Sejeong dan Eun Woo menjadi MC.
Dalam artikel itu, PD Pyeon mendedahkan personaliti sebenar idola lelaki itu dan berkongsi pertemuannya dengan Eun Woo yang menjadi kenangan baginya, cukup untuk dikongsikan di khalayak ramai.
“Salah seorang MC pada hari itu ialah Cha Eun Woo. Kami langsung tidak kenal antara satu sama lain, tetapi saya pernah melihatnya ketika saya masih bekerja untuk rancangan ‘Happy Together’ beberapa tahun yang lalu.”
Selepas bertukar ke jabatan baharu, PD Pyeon bertekad untuk tidak melakukan kesilapan, dan dia juga memuji kemahiran MC Eun Woo yang stabil.
PD itu tidak berhenti memuji bintang lelaki itu kerana walaupun Eun Woo sibuk dengan jadual yang padat, dia masih boleh menyapa mereka (staff) dengan wajah yang ceria.
Dia juga kagum dengan cara Eun Woo mengendalikan acara itu. Walaupun cuaca buruk pada hari kejadian, dia tidak menunjukkan wajah yang penat dan tidak mengeluh.
Dia meneruskannya kerjanya walaupun ketika hari hujan. Eun Woo tidak risau tentang solekan dan rambutnya, dan terus melaksanakan kerjanya dengan baik dan dengan senyuman di pipi yang diukir dari awal sehingga akhir acara.
Baca lagi: Pelakon Lelaki Korea Paling Popular Bulan September
Sebelum dia pulang ke rumah, Eun Woo sekali lagi menyapa PD dan seolah-olah dia tidak pernah berasa letih, dan berkata dengan senyum lebar:
“PD-nim terima kasih atas kerja keras awak.”
Muka hensem perangai pun helok Cha Eun Woo ni kan?!