Seorang wanita yang dikenali sebagai Halimah yang menjalankan tugas bekerja sebagai ‘cleaner’ terkedu apabila temui satu dompet tercicir yang berisi cek bernilai 35.5 billion rupiah (RM10.4 juta). Dompet itu ditemui ketika menjalankan kerja-kerja pembersihan di Lapangan Terbang Spekarno-Hatta, Indonesia.
Petugas wanita yang dikenalo sebagai Halimah itu menemui dompet yang berwarna coklat yang didakwa milik seorang penumpang di Balai Pelepasan Terminal 2E di lapangan terbang berkenaan.
Tanpa memeriksa isi kandungan dan jumlah duiy yang tersimpan dalam dompet tersebut, dia terus melaporkan penemuan itu kepada pegawai bahagian Kesalamatan Penerbangan (AVSEC)
Apabila pegawai AVSEC melakukan pemeriksaan terhadap dompet tersebut, mereka terkejut apabila mendapati dalam dompet itu terdapat empat buku bank, sebuah pasport dan cek yang bernilai 35.5 bilion rupiah (RM10.4 juta)
“Besar atau kecil nilai barang yang ditemui, ia bukan milik kami. Sudah menjadi kewajipan bagi petugas di lapangan terbang melaporkan”
Kejujuran Halimah mendapat pujian daripada orang ramai dan dia juga turut mendapat penghargaan daripada PT Angkasa Pura Solusi yang kagum dengan kejujurannya.
Pihak PT Angkasa Pura Solusi kemudian memberikan kenaikan pangkat kepada Halimah yang kini menjadi supervisor. Mereka juga berharap semoga kisah Halimah ini boleh dijadikan inspirasi atau ‘role model’ untuk pekerja-pekerja yang lain.
Apa yang boleh dilihat dalam kisah ini, Halimah yang hanya bekerja sebagai pembersihan di Lapangan Terbang mampu bersikap jujur. Serta sikapnya juga menjadi contoh kepada orang ramai untuk berbuat baik.
PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
Sumber: Selayang