Home Entertainment Seorang Wartawan Tampil ‘Back-Up’ Kesalahan Yang Dilakukan BLACKPINK

Seorang Wartawan Tampil ‘Back-Up’ Kesalahan Yang Dilakukan BLACKPINK

0

Baru-baru ini, kumpulan gadis YG Entertainment menjadi tajuk utama di seluruh Internet kerana melakukan banyak kesilapan di atas pentas, selepas konsert pertama ‘Born Pink’ mereka di KSPO Dome di Seoul pada 16 Oktober.

Seorang wartawan, yang berada di konsert BLACKPINK, bertindak mempertahankan kumpulan itu di tengah-tengah kritikan yang membanjiri mereka.

Blackpink's 'Born Pink' World Tour: See all cities and dates

Dia menulis, “Konsert kumpulan gadis BLACKPINK adalah kontroversi dan saya pelik. Memanglah ada klip dalam talian yang menunjukkan kesilapan yang ahli lakukan di atas pentas tetapi apa yang saya saksikan secara peribadi adalah sebaliknya.

Agensi YG Entertainment telah menjemput wartawan ke konsert pertama BLACKPINK di Seoul, dan saya dapat melihat mengapa YG begitu yakin. Bagi wartawan itu ia merupakan konsert yang cukup mengagumkan ditambah dengan kemahiran persembahan secara langsung daripada ahli.”

Dia menyambung, “Malah, terdapat klip yang menunjukkan persembahan yang cukup hebat daripada ahli di konsert mereka itu. Sangat tidak adil untuk menghukum mereka hanya dengan beberapa kesilapan seolah-olah keseluruhan persembahan mereka adalah teruk.

Artikel berkaitan: Peminat Risau Tengok Benjolan Di Leher Jisoo BLACKPINK

Artikel berkaitan: Selebriti Yang Menghadiri Konsert Seoul ‘BORN PINK’ BLACKPINK: Park Bo Gum, TWICE, Dan Ramai Lagi

Blackpink and the Limits of K-Pop Maximalism - The New York Times

Ia bukan perkara aneh untuk melihat ramai artis, antarabangsa dan K-Pop, melakukan kesilapan semasa konsert mereka. Itulah merit untuk persembahan secara langsung. Ia dipanggil ‘live’ kerana kesilapan mereka juga secara langsung dengan penonton pada masa ini.”

Dia menyimpulkan, “Walaupun, BLACKPINK menjadi bintang bertaraf dunia, ia tidak mampu untuk melindungi mereka daripada mendapat sebarang kritikan. Mereka harus mengambil kritikan itu dan memperbaiki kesilapan mereka. Tetapi terlalu mengkritik mereka atas kesilapan yang mereka lakukan bukanlah kritikan tetapi penghinaan.”

Sumber: [1]