Serendipity Embrace (2024) merupakan salah sebuah drama Korea yang memiliki episod pendek atau kurang dari 10 episod. Diadaptasi dari webtoon Wooyeonilgga? (2011), Serendipity Embrace akan melabuhkan tirai pada Selasa nanti iaitu 13 Ogos 2024.
Buat anda yang setia menanti episod baru drama ini pada setiap minggu, mari sama-sama kita lihat kemungkinan beberapa persoalan yang akan terjawab dalam dua episod terakhir nanti. Adakah Lee Hong Ju dan Kang Hoo Young akan bersama?
Peringatan: Artikel ini mengandungi spoiler!
1. Adakah Lee Hong Ju berpotensi bersama semula dengan Bang Joon Ho?
Menjelang akhir episod 6, Lee Hong Ju (Kim So Hyun) melihat keadaan Bang Joon Ho (Yun Ji On) yang tidak berapa baik. Jika melihat kepada teaser episod 7, Bang Joon Ho akan menjelaskan sebab sebenar dia pergi ke luar negara kepada Lee Hong Ju.
Mungkinkah selepas mengetahui keadaan Bang Joon Ho yang sebenar, Lee Hong Ju akan berubah hati? Tapi jika melihat kepada petikan trailer episod 7 yang lain, kemungkinan besar Bang Joon Ho mula merelakan Lee Hong Ju pergi. Boleh jadi mereka berdua tidak akan kembali bersama, tapi mereka hanya memperbaiki hubungan mereka sahaja.
2. Adakah kali ini Kang Hoo Young akan melepaskan Lee Hong Ju lagi?
Terungkap bahawa sejak zaman sekolah sebenarnya Kang Hoo Young (Chae Jong Hyeop) dan Lee Hong Ju saling menyukai. Sayangnya, waktu itu Lee Hong Ju menafikan perasaannya dan masih menganggap Bang Joon Ho sebagai cinta pertamanya.
Kang Hu Young terpaksa berpindah ke Amerika Syarikat kerana keputusan ibunya, Baek Do Sun (Kim Jung Nan). Oleh sebab itu dia terpaksa meninggalkan Lee Hong Ju, tanpa menyatakan perasaan kepada cinta pertamanya itu.
Baek Do Sun sengaja terbang ke Korea Selatan kerana anak lelakinya tidak mahu kembali ke Amerika Syarikat. Dia juga mengetahui sebab utama Kang Hoo Young berdolak dalih kerana sudah mula bercinta dengan Lee Hong Ju.
Adakah Lee Hong Ju setuju untuk melepaskan Kang Hoo Young? Atau Kang Hoo Young dan Lee Hong Ju akan mempertahankan hubungan mereka kali ini?
3. Adakah Lee Hong Ju dan Bang Joon Ho boleh menyiapkan animasi mereka?
Selepas menyedari perasaannya terhadap Kang Hoo Young, Lee Hong Ju mula melupakan rasa sakitnya terhadap Bang Joon Ho. Dia juga bekerja sama dengan Bang Joon Ho untuk menyelesaikan projek secara profesional.
Bang Joon Ho pula belum boleh move on dengan Lee Hong Ju. Adakah mereka boleh menyiapkan filem animasi adaptasi dari novel My Avant Garden Love? Selain itu, adakah cita-cita Lee Hong Ju untuk menjadi pengarah animasi berjaya akan tercapai?
4. Adakah Kang oo Young benar-benar akan meletak jawatan atau kembali ke Amerika?
Kang Hoo Young sengaja meletakkan jawatan dari syarikat ibunya supaya dia boleh berada di Korea Selatan bersama Lee Hong Ju. Kesannya, ibu Kang Hoo Young kembali ke Seoul dan berniat mahu menjemputnya.
Dari teaser episod 7, ada babak yang menunjukkan Lee Hong Ju dan Kang Hoo Young yang sedang bertengkar. Adakah kali ini Kang Hoo Young akan pergi lagi tanpa mengucapkan selamat tinggal?
“Bagaimana jika kau meninggalku tanpa sepatah kata? Perlukah aku tidak diberi tahu lagi dan baru tahu setelah kau pergi?” tanya Lee Hong Ju.
Nampak seperti Kang Hoo Young memang benar-benar meletakkan jawatan kerana dari teaser kelihatan dia tampak santai di rumah. Selain itu, Lee Hong Ju yang mengetahui Kang Hoo Young letak jawatan juga kelihatan marah-marah.
5. Adakah Kim Hye Ji dan Son Kyung Taek akan bersama?
Penonton juga tentu ingin tahu tentang hubungan antara Kim Hye Ji (Kim Da Som) dan Son Kyung Taek (Hwang Sung Bin). Walau saling suka, tapi Song Kyung Taek kerap melakukan perkara bodoh yang membuatkan Kim Hye Ji marah. Padahal Kim Hye Ji mula menunjukkan perasaannya dan ingin bercinta dengan Son Kyung Taek.
Adakah pasangan ini akan bersama pada akhirnya? Atau Son Kyung Taek akan dijodohkan dengan kakak Kim Hye Ji?
Selain itu, masa lalu Baek Wook (Choi Da Chul) dan Bae Hye Sook (Yoon Jung Hee) juga membuatkan ramai penonton tertanya-tanya. Adakah pada akhirnya mereka akan bersatu? Atau sampai akhir mereka tetap bertengkar dan tidak berbaik?
Semua persoalan di atas akan terjawab di Serendipity Embrace (2024) episod 7 dan 8 nanti. Jangan lupa untuk menonton ya!