Home Kdrama/Kmovie Drama Korea “Serendipity’s Embrace” Kdrama Adaptasi Webtoon, Kisah Cinta Penuh Kemanisan

“Serendipity’s Embrace” Kdrama Adaptasi Webtoon, Kisah Cinta Penuh Kemanisan

0

Drama Korea Serendipity’s Embrace atau yang sebelum ini dikenali dengan tajuk Is It Fate mula ditayangkan pada 22 Julai 2024 dan boleh ditonton di platform Viu.

Berdasarkan webtoon popular, drama Korea “Serendipity’s Embrace” mengisahkan anak muda yang menemui cinta sejati dan impian mereka selepas secara tidak sengaja bertemu cinta pertama mereka 10 tahun lalu.

Serendipity

Para peminat Kim So Hyun dan Chae Jong Hyeop akan dapat melepaskan rindu pada pelakon pujaan mereka kerana dua orang bintang ini kini berkolaborasi dalam drama terbaru “Serendipity’s Embrace”. Selain Kim Soo Hyun dan Chae Jong Hyeop, Yoon Ji On dan Dasom SISTAR juga turut serta membintangi drama ini sebagai pelakon utama.

1. Sinopsis Kdrama Serendipity’s Embrace

IMG 1911

Drama Korea Serendipity’s Embrace mengangkat kisah tentang anak muda yang menemui cinta sejati dan impian mereka. Mereka secara tidak sengaja bertemu dengan cinta pertama masing-masing yang telah berpisah sejak 10 tahun yang lalu. Mereka adalah Kang Hoo Young (Chae Jong Hyeop) dan Lee Hong Joo (Kim So Hyun).

Kang Hoo Young merupakan seorang perancang kewangan yang tampan dan bijak.

Kang Hoo Young pada awalnya tinggal di Amerika Syarikat dan kerjayanya sudah mencapai titik yang luar biasa. Kembali ke Korea selepas 10 tahun dan bertemu semula dengan cinta pertamanya semasa zaman sekolah menengah, Lee Hong Joo, hati Kang Hoo Young (Chae Jong Hyeop) mula berdegup semula apabila kenangan masa lalu muncul semula.

Manakala, Lee Hong Joo merupakan seorang pengarah animasi yang takut untuk jatuh cinta kerana trauma masa lalu. Suatu hari, dia tanpa sengaja bertemu dengan cinta pertamanya, Kang Hoo Young (Chae Jong Hyeop). Itu pertemuan pertama mereka sejak sepuluh tahun lalu. Bukan hanya sekadar cinta pertama, Kang Hoo Young juga merupakan saksi saat-saat susah Lee Hong Joo di masa lalu.

Lalu, bagaimanakah kisah mereka seterusnya?

2. Senarai pelakon Kdrama Serendipity’s Embrace

IMG 4953

Senarai pelakon Kdrama Serendipity Embrace diantaranya ialah:

  • Chae Jong Hyeop sebagai Kang Hoo Young
  • Kim So Hyun sebagai Lee Hong Joo
  • Yoon Ji On sebagai Bang Joon Ho
  • Kim Dasom sebagai Kim Hye Ji

Drama Korea Serendipity’s Embrace akan ditayangkan sebanyak lapan episod. Penonton boleh tonton dan strim di Viu pada setiap Isnin dan Selasa, bermula dari 22 Julai 2024.

Langgan juga Viu Premium untuk menonton pelbagai Kdrama tanpa sebarang gangguan iklan!

Baca lagi: 5 Drama Korea Genre Seram Pelbagai Kisah di Viu dari Misteri Thriller hinggalah Seram Romantik
Baca juga: Siri Antologi Seram Taiwan “Urban Horror’, Penuh Ngeri dan Misteri