Demam panas sering disertai mimpi ngeri oleh seseorang. Bagaimanapun, perkara ini normal dan boleh diperjelaskan disebabkan beberapa faktor berkait.
Kenapa anda sering mengalami mimpi ngeri ketika demam panas? Ini jawapannya:
Kualiti Tidur Yang Menurun
Ketika anda demam panas, anda akan berdepan masalah kualiti tidur yang terganggu. Suhu badan tinggi menyebabkan rasa ketidakselesaan menyebabkan tidur anda mudah terjaga. Akibat gangguan yang wujud, corak tidur anda juga akan berubah. Fasa tidur yang terjejas teruk adalah fasa tidur REM Seleep atau rapid eye movement sleep, di mana berlakunya mimpi.
Apabila tidur kita tidak stabil, kemungkinan untuk kita mampu mengingati mimpi yang dialami semasa tidur tersebut menjadi lebih tinggi akibat otak yang tidak dapat berehat dengan sepenuhnya.
Situasi ini menyebabkan kita lebih mudah mengingati mimpi ngeri yang berlaku semasa demam panas.
Aktiviti Otak Yang Lebih Pesat
Apabila seseorang mengalami demam panas, aktiviti otak akan meningkat.
Penyebab utama berlakunya peningkatan aktiviti otak ini berkait dengan perubahan hormon serta reaksi tubuh terhadap jangkitan atau penyakit.
Aktiviti otak yang meningkat akan memberi kesan kepada kandungan mimpi kita. Mimpi kita mampu dirasakan lebih hidup, lebih dekat dunia nyata sehingga mengganggu psikologi kita.
Kesemua ketidakseimbangan ini menjadi faktor uatama kenapa kita yang sedang sakit, lebih mudah mengalami mimpi yang menakutkan atau ngeri.
Pengaruh Ubat Yang Diambil
Ketika demam panas, seseorang perlu mengambil ubat-ubatan untuk mengurangkan gejala sakit dan suhu badan.
Beberaoa ubat dalam kategori antipyretic yang biasa digunakan oleh kita untuk mengawal suhu badan ketika demam panas, memang sudah diketahui akan mempengaruhi sistem saraf pusat kita.
Sistem saraf pusat yang terjejas akan memberi kesan kepada fasa tidur seterusnya menyumbang kepada mimpi yang ngeri dan tidak menyenangkan, dipunhi imej-imej menakutkan.
Ketidakselesaan Fizikal
Ketika kita mengalami demam, tubuh kita merasakan ketidakselesaan secara fizikal pada tubuh seperti sakit kepala, keletihan atau ketegangan otot. Ketidakselesaan fizikal yang berlaku ini boleh menyebabkan tekanan dan ketegangan mental.
Dalam masa kita sedang tertekan keadaan kesihatan kita, kesan ini akan memberi kesan besar kepada psikologi kita seterusnya dapat mempengaruhi mimpi yang akan kita alami.
Mimpi ngeri dikatakan lebih mudah muncul pada individu yang dalam keadaan kegelisahan atau ketakutan semasa demam panas.
Kesimpulannya
Demam panas secara saintifik memang dikatkan sebagai salah satu yang merangsang seseorang mengalami pengalaman mimpi ngeri dengan lebih pesat.
Beberapa orang juga mesti pernah mimpi seperti jatuh gaung, berlanggar dengan kenderaan dari arah depan, dikejar haiwan buas, diekori makhluk menakutkan- semua visual yang sepatutnya ilusi berasa seperti nyata ketika demam.
Pastikan apabila bangun sahaja tidur, terus cuci muka. Sahihkan dulu anda berada di dunia nyata atau masih lagi dalam khayalan ngeri yang menghantui demam panas anda.
PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
Sumber: Iluminasi