Sebagai peminat, sudah semestinya kita ingin tahu apakah agama yang dianuti oleh selebriti kegemaran kita, betul tak? Tetapi mereka yang meminati K-Pop Idol ini jangan terkejut pula tau.
Ini kerana BTS RM dan 5 K-Pop Idol ini pernah mengaku mereka adalah atheis iaitu orang yang tidak percayakan agama. Nak tahu siapakah mereka? Jom baca sampai habis.
Daehyun
Daehyun merupakan bekas ahli B.A.P. Daehyun berkata dia tidak mempercayai Tuhan tetapi dia tetap akan berdoa setiap kali dia naik ke pentas agar persembahannya berjalan dengan lancar.
Malah jika mempunyai masalah, dia hanya ada mindset bahawa masalah akan berlalu pergi dan semuakan akan menjadi baik-baik sahaja.
BTS RM
Pernah berkongsi mengenai kepercayaannya, BTS RM pernah memberitahu dirinya seorang atheis. Menerusi satu wawancara pada tahun 2015, RM mengaku dirinya tidak mempunyai sebarang agama walaupun sering dilihat memakai rantai salib.
Tambahnya, dia sering berasa kaku dan pelik apabila melihat ahli kumpulan BTS yang lain mula berdoa ketika BTS Festa 4th Anniversarry 2017.
ATEEZ San
Seterusnya ialah ahli ATEEZ iaitu San. San pernah mengaku kepada Wooyoung (ATEEZ) bahawa dia seorang atheis dan tidak mempercayai sebarang agama. Dia hanya mempercayai dirinya sendiri sahaja.
“Agama adalah saya, seorang atheis. Saya tidak mempunayi agama, tetapi saya percaya pada diri sendiri.”
Kim Hanbin
Kim Hanbin atau nama komersialnya, B.I mengaku tidak mempunyai agama ketika bersiaran langsung di VLIVE suatu ketika dulu. Walaupun dia seorang atheis, tetapi B.I tidak pernah terlupa untuk berdoa. Baginya, berkemungkinan doa-doanya akan dimakbulkan.
Baca lagi: Peminat Yang Setia Menunggu Kepulangan IU Di Korea Akan Mendapat ‘Benda’ Ini
RED VELVET Wendy
RED VELVET Wendy tidak pernah menyatakan apakah agamanya, tetapi dia dikatakan berkemungkinan seorang atheis. Tetapi kadang-kadang dia sering dilihat meraikan Krismas dengan keluarganya di Kanada.
SUPER JUNIOR Heechul
Yang terakhir ialah Heechul Super Junior. Walaupun salah seorang ahli Super Junior (Siwon) seorang yang warak (Kristian), Heechul memilih untuk tidak mempercayai agama. Dia mengaku yang dia ‘bosan’ mendengar cerita mengenai gereja.