Seorang isteri kepada Youtuber terkenal mengambil keputusan untuk bercerai selepas 11 tahun perkahwinan, kerana dimadukan tanpa pengetahuannya.
Kisah Wiwin Supiyah iaitu bekas isteri Youtuber, motivator, penulis dan usahawan iaitu Dewa Eka Prayoga mendapat perhatian dan kritikan oleh warganet di Indonesia. Kisah sedih dan luahan Wiwin dimuat naik menerusi aplikasi Twitter.
“Maaf, saya berputus asa pada tahun ke-11 perkahwinan kita. Saya sudah cuba yang terbaik dan saya juga tahu perjalanan hidup kita bukan mudah”
“Alhamdulillah, saya telah menemani awak hingga ke puncak, menjadi motivator, Youtuber dan usahawan yang mempunyai lebih pada 15 perniagaan berbeza, saya bangga dapat menemani awak ke peringkat ini”
Baca lagi: Suami Kantoi Curang Di Airport, Sekali Tindakan Si Isteri Pula Buat Ramai Yang Sokong
Lihat juga video dibawah:
“Awak ingat, kita baru 18 hari kahwin awak sudah ada hutang 7.7 juta Rupiah, walaupun kita belum berbulan madu lagi”
“Kemudian Alla uji lagi dengan penyakit yang sangat serius sehingga doktor pun hampir sukar untuk menyembuhkan awak. Saya sentiasa cuba kuatkan awak dan setia di sisi awak ketika itu”
Walau bagaimanapun, kesetiaan dan pengorbanan Wiwin tetap tidak dapat dikalahkan dengan kehadiran orang ketiga di dalam hubungan rumahtangga mereka.
“Tapi nampaknya kesetiaan saya untuk menemani awak dari titik terendah dalam hidup awak tidak menjamin kesetiaan awak. Semuanya tidak bermakna setelah ada orang baharu yang berusia 24 tahun”
Wiwin juga luah bahawa beliau percaya pada bekas suaminya ketika itu sebagai pelindungnya, dan tiba-tiba sahaja berpoligami dengan wanita lain tanpa izin dan pengetahuannya.
Kisah Wiwin ini juga telah menarik perhatian ramai dan undang beberapa komen daripada netizen. Netizen turut mengatakan berasa simpati nasib atas wanita ini yang terlalu banyak dugaan yang menimpa serta sanggup setia 11 tahun menjaga bekas suaminya sakit dan lunaskan kesemua hutangnya sebelum bercerai sehingga beliau mendapat tahu bahawa dirinya dipoligami.
Semoga kisah ini dapat dijadikan sebagai pengajaran dan bermanfaat untuk anda!
PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
Sumber: Selayang