Home Entertainment Seungri Dilaporkan Telah Dibebaskan Dari Penjara 2 Hari Lebih Awal

Seungri Dilaporkan Telah Dibebaskan Dari Penjara 2 Hari Lebih Awal

0

Menurut laporan media pada 9 Februari, bekas ahli Big Bang Seungri telah dibebaskan dari Penjara Yeoju dua hari lebih awal daripada yang dijangkakan.

Selepas diselubungi dengan pelbagai tuduhan termasuk meminta pelacuran, penyelewengan, pelanggaran undang-undang keganasan seksual (penggambaran haram kandungan seksual), dan lain-lain, yang semuanya tertumpu kepada hubungannya dengan kelab malam dewasa ‘Burning Sun’, Seungri menghadapi perbicaraan di mahkamah pada Januari 2020.

1675926911 20210701 seungri

Pada Mac tahun yang sama, Seungri memulakan perkhidmatan ketenteraan mandatorinya, menyebabkan perbicaraannya dipindahkan ke bidang kuasa mahkamah tentera.

Pada Ogos 2021, mahkamah tentera menjatuhkan hukuman penjara 3 tahun kepada Seungri, serta denda lebih 1.1 bilion KRW (~RM3.8juta). Hukuman itu juga menyebabkan Seungri dikenal pasti sebagai pesalah seksual.

Baca lagi: “Gila Betul,” K-Netizen Tak Puas Hati Yang Seungri Akan Dibebaskan Dari Penjara Dalam Masa 2 Bulan Ini

Baca lagi: Pesalah Seks Tidak Dibenarkan Menggunakan Instagram, Akaun Instagram Seungri Dipadam Secara Rasmi

1675644590 03

Semasa dua rayuan berasingan, hukuman Seungri dikurangkan kepada 1 tahun dan 6 bulan. Seungri, yang kemudiannya dipindahkan ke Penjara Yeoju untuk baki hukuman penjaranya selepas siri perbicaraannya, kini telah dibebaskan pada 9 Februari KST. Pada mulanya, dia dijadualkan dibebaskan pada 11 Februari.

Sumber: [1]