Home Concert Seventeen Diamond Edge in Kuala Lumpur Post Concert Review

Seventeen Diamond Edge in Kuala Lumpur Post Concert Review

0

Konsert Kumpulan Seventeen, ‘Diamond Edge’ telah berlansung dengan sangat meriah di Stadium Negara pada 9 September 2017 lalu. Apa yang boleh disimpulkan adalah telah berjaya mencuri hati peminat yang hadir ke konsert mereka dan berjaya menyampaikan 24 buah lagu dengan lancar.

Berikut merupakan ringkasan berkenaan dengan perkara-perkara menarik yang berlaku sepanjang konsert ini berlangsung.

Persembahan pembukaan menyaksikan ahli-ahli kumpulan ini tampil dengan persembahan pembukaan mereka dengan pakaian berwarna-warni yang sangat ceria. Persembahan vocal unit menyampaikan 2 buah lagu yang telah menunjukkan kekuatan vokal mereka beserta lampu, prop dan latar pentas yang sangat memukau pandangan semua.

Selain daripada itu, persembahan dari unit hip hop turut tidak mengecewakan, tarian di samping lagu yang disampaikan sangat mencuri hati semua. Semua peminat teruja apabila Dk menggunakan perkataan ‘tuan-tuan dan puan-puan, saya Dk’. Dia juga membuat ‘Fanchant” dan meminta penonton mengikut sorakannya

IMG 1810

 

Concert menjadi bertambah meriad dengan tarian sempurna dari Jun dan The8, melalui lagu ‘MY I’ mendapat sorakan paling gemuruh dari semua penonton. Koreografi tarian ‘If I’ yang menarik perhatian telah menghangatkan suasana dan menyebabkan seluruh stadium bergema dengan sorakan. Akhirnya, lagu yang paling ditunggu-tunggu oleh peminat iaitu lagu ‘Don’t Wanna Cry’ dinyanyikan dan sebelum itu Seventeen menyatakan itu merupakan lagu terakhir mereka. Sewaktu lagu ini dinyanyikan, semua peminat menyanyi bersama sambil menghayunkan ‘Carat Bong’.

Dalam suasana stadium yang gelap gelita, peminat yang menyangka konsert telah tamat menerima kejutan selepas vcr itu apabila Seventeen kembali ke pentas dan menyanyikan lagu terakhir mereka iaitu Shining Diamond dan Healing. Seventeen memberikan ucapan terakhir dan berjanji mereka akan kembali untuk kosert seterusnya selepas ini. Persembahan tamat dan pemenang cabutan bertuah telah berpeluang mengambil gambar berkumpulan bersama Seventeen.

IMG 9626

Pujian yang sangat tinggi admin mahu berikan kepada latar hiasan pentas Diamond Edge ini. Admin sangat terpaku dengan pencahayaan dan pemilihan video latar konsert ini. Perasaan menyesal sebab tak beli tiket rock zone terus menguasai diri sampai hari ini, sangat cemburu pada yang dapat berdiri berhampiran pentas kerana kedudukan seventeen dan pentas sangat dekat. Selepas berpeluang menonton konsert ini, admin pasti yang satu hari nanti Seventeen akan berada di atas setanding dengan ‘sunbae-sunbae’ mereka. Daebak Seventeen !!!