Home Kdrama/Kmovie Drama Korea Shin Min Ah Buat Comeback dalam Kdrama “NO GAIN NO LOVE”, Prime...

Shin Min Ah Buat Comeback dalam Kdrama “NO GAIN NO LOVE”, Prime Video sebagai Platform Penstriman Rasmi

0

Prime Video mengumumkan bahawa drama bersiri Korea, NO GAIN NO LOVE, sebuah kdrama komedi romantik tentang kebaikan dan keburukan cinta, akan hadir ke Prime Video pada 26 Ogos 2024 ini.

Episod akan dikeluarkan setiap minggu pada hari Isnin dan Selasa. Di Korea, rancangan itu dilancarkan di tvN dan perkhidmatan penstriman tempatan TVING.

Kim Jung-sik (Stromg Girl Kang Nam-soon; Work Later, Drink Now) mengarahkan No Gain No Love bersama Kim Hye-young (Her Private Life) sebagai penulis siri.

No gain no love

Shin Min Ah, Kim Young Dae, Lee Sang Yi, Han Ji Hyun, dan ramai lagi akan membintangi kdrama yang membawa tema percintaan moden dengan memfokuskan pada keinginan untuk tidak kehilangan cinta, wang dan kerjaya.

Selepas dua tahun sejak drama terakhirnya, OUR BLUES, pelakon berlesung pipit ini yang dikenali sebagai ratu komedi romantik, kembali dengan watak wanita moden. Shin Min Ah telah membuktikan dirinya sebagai ratu komedi romantik melalui pelbagai drama seperti HOMETOWN CHA-CHA-CHA, OH MY VENUS, MY GIRLFRIEND IS A GUMIHO, dan lain-lain.

Melalui kdrama terbaru NO GAIN NO LOVE, Shin Min Ah akan menunjukkan sisi barunya yang berani di samping daya tarikannya yang menawan.

 

Sinopsis No Gain No Love

IMG 6145

Son Hae-yeong, yang dilakonkan oleh Shin Min Ah, sentiasa tidak bernasib baik dalam hal keluarga, cinta atau pekerjaan. Untuk mengubah nasibnya, Hae-yeong memutuskan untuk melangsungkan perkahwinan palsu dengan seorang pekerja kedai serbaneka di kawasan kejiranannya, Kim Ji-uk, lakonan Kim Young Dae untuk mendapatkan kenaikan pangkat yang diimpikannya.

IMG 6143

Kim Ji-uk dikenali sebagai model warga kejiranan dan bekerja syif malam di kedai serbaneka. Sebagai wira tempatan yang tidak boleh mengabaikan orang lain yang memerlukan, dia bersetuju dengan cadangan Hae-yeong yang tidak masuk akal untuk menjadi pengantin lelaki dalam perkahwinan palsu itu.

IMG 6148

Selain itu, siri ini menampilkan pelakon sokongan Lee Sang Yi sebagai chaebol generasi ketiga bernama Bok Gyu-hyun yang merupakan CEO syarikat tempat Hae-yeong bekerja, serta Han Ji Hyun (pelakon CHEER UP, THE PENTHOUSE ) yang melakonkan watak Nam Ja-yeon, pengarang novel web popular R-rated dan rakan terdekatnya, Hae-yeong, yang juga tinggal bersamanya.

Bolehkah watak-watak ini mencapai cinta tanpa kehilangan apa-apa? Nantikan kisah percintaan moden yang menghiburkan dalam No Gain No Love yang disiarkan di Prime Video pada 26 Ogos ini ya!

Baca lagi: 7 Kdrama Jenayah Komedi Kurang Popular Tetapi Rating Tinggi, Menggabungkan Saspens Thriller dengan Gelak Tawa Menghiburkan
Baca juga: Rindu Kim Young Dae? Nantikan 3 Kdrama Barunya yang Akan Datang Ini