Home Entertainment Shin Seung Ho Bakal Membintangi Filem Thriller Misteri Baharu

Shin Seung Ho Bakal Membintangi Filem Thriller Misteri Baharu

0

Shin Seung Ho bakal kembali dengan sebuah filem thriller misteri Korea Selatan yang akan datang “Only God Knows Everything”!

Semua yang terlibat telah memulakan produksinya pada 3 Mac baharu ini. Penerbitan filem ini akan diterajui oleh pengarah Baek Seung Hwan, yang terkenal dengan filem “Double Patty” pada tahun 2020.

A305B6F3 494B 4D9F 9747 81AB5FE993FA scaled

Ramai artis terkenal bakal membintangi filem ini termasuklah Shin Seung Ho (Alchemy Of Souls), Han Ji Eun, Jun So Min, Park Myung-hoon, Yoo Sung Joo, Lee Joong Ok, Nam Joong Kyu dan ramai lagi juga turut menyertai barisan pelakon untuk menambah keterujaan pada filem itu.
6A783C5B B14B 4108 BB23 59FAF674EA83Only God Knows Everything” ialah filem thriller misteri yang menggambarkan tentang kisah seorang paderi, dilakonkan oleh Shin Seung Ho yang mengalami dilema selepas menemukan kebenaran mengejutkan tentang kematian ibubapanya 14 tahun lalu dan usahanya untuk merungkai misteri serta rahsia besar yang tersembunyi di sebalik kejadian yang menimpa ibubapanya.
7F5EDF99 906A 4C82 9B24 C1C36BC09A12Pelakon yang terkenal dengan wataknya sebagai Putera Mahkota dalam kdrama fantasi “Alchemy of Souls”, Shin Seung Ho akan membawa peranan protagonis Do Yoon yang sedang bergelut dengan kisah lampaunya apabila mengetahui kebenaran tentang kematian ibubapanya.

96CF02B4 E19C 4B74 96F0 851DE2809809 scaled

Pelakon Han Ji Eun akan membawa peranan sebagai detektif Joo Young yang bertanggungjawab terhadap kes pembunuhan misteri, Park Myung Hoon sebagai bomoh Gwang-woon yang ganas dan berperangai aneh, dan Jeon So Min sebagai Su Yeon seorang yang tidak berdaya, terperangkap dengan ajaran sesat dan terlibat dengan kejahatan.
Baca Juga: Jungkook BTS Sekolahkan Peminat

Sedikit maklumat tentang Shin Seung Ho

DF742D83 DC04 4E3B BF5A 91D4B2C06E41

Shin Seung Ho memulakan kerjayanya sebagai model di bawah agensi bernama King Kong, yang merupakan sebahagian daripada Starship Entertainment. Dia menyertai Peraduan Model Super SBS 2016. Sebelum menceburi bidang lakonan, Seung Ho ialah bekas pemain bola sepak. Tetapi dia terpaksa melupakan impiannya apabila mengalami kecederaan.
Setahun kemudian, dia muncul di Minggu Fesyen Seoul S/S dan Pertunjukan Fesyen Minggu Fesyen S/S Seoul BNB12 . Sebagai pendatang baru, dia telah melakukan tugasnya dengan sangat baik.
Kemudian, dia mengambil keputusan untuk menceburi bidang lakonan. Dia membuat debutnya sebagai pelakon dalam drama web A-Teen dan sekuelnya A-Teen 2 masing-masing pada 2018 dan 2019.
Selepas debutnya yang berjaya sebagai pelakon, dia terus muncul dalam beberapa siri drama yang disiarkan di rangkaian TV. Sebahagian daripadanya termasuk Alchemy of Souls (2022), Weak Hero (2022), DP (2021), Homemade Love Story (2020), How to Buy a Friend (2020) dan Love Alarm (2019).
Pada tahun 2021, dia mendapat pengalaman pertamanya di skrin besar dengan membintangi filem Double Patty bersama Irene Bae daripada kumpulan gadis Red Velvet.
Bakatnya semakin terserlah dan menjadi salah satu watak ikon kegemaran peminat kdrama dalam Alchemy of Souls. Sudah pasti ramai peminat ingin melihat Shin Seung Ho berkembang menjadi individu yang berjaya dalam industri hiburan Korea.
Baca Juga: Choi Won Young & June iCON bakal muncul dalam Kdrama terbaru