Ahli kumpulan WINNER, Kang Seung-yoon telah dilaporkan bercinta dengan pelakon yang juga daripada agensi yang sama.
Seorang pengguna Twitter telah berkongsi gambar yang didakwa pemilknya ialah Kang Seung-yoon dan wanita tersebut berpimpin tangan.
Wanita itu ialah pelakon baharu di bawah agensi YG Entertainment iaitu Moon Ji-hyo yang pernah muncul dalam muzik video Seung-yoon, “Born To Love You”.
YG Entertainment tampil memberikan penjelasan kepada media mengenai khabar angin tersebut:
“Kami tidak mengetahui dan tidak pasti mengenai hal peribadi artis kami”.
Moon Ji-hyo lahir pada tahun 2000, berusia 22 tahun dimana beliau 6 tahun muda daripada usia Seung yoon yang lahir pada tahun 1994.
Tak salah bercinta, asalkan professional sewaktu bekerja!
Sumber: KimchiDaily
Baca artikel terdahulu: “Kami Nak….”-Gong Hyo Jin & Kevin Nak Apa?!!!