Like Flowers In Sand kini sudah ditayangkan sebanyak 8 episod. Drama yang menampilkan gandingan antara Jang Dong Yoon dan Lee Jo Myoung ini makin memaparkan banyak misteri di sebalik kes perjudian dalam pengaturan perlawanan Ssireum.
Ada beberapa perkara menarik terjadi sewaktu Oh Yu Gyeong menyiasat kes perjudian ini. Dia mula menemui fakta bahawa kes yang sedang disiasatnya ini seolah-olah mempunyai kaitan dengan kes yang pernah membuatkan karier Ssireum hancur di masa lalu.
Kes ini justru membuatkan Oh Yu Gyeong kian menemui kebenaran yang menakutkan, lebih-lebih lagi mengenai identiti sebenarnya dari Joo Mi Ran (Kim Bo Ra), pemilik kafe misteri yang ada di Kampung Geosan Gun. Berikut ini adalah fakta Joo Mi Ran dalam Flower In Sand.
1. Di mata para penduduk Geosan Gun, Joo Mi Ran hanyalah seorang pemilik kafe yang sangat misteri, dia tidak mempunyai hubungan yang baik dengan penduduk sekitar
2. Para penduduk selalu merasa aneh dan bergosip tentang kelakuan Joo Mi Ran yang selalu menutup kafenya sesuka hati
3. Joo Mi Ran pernah keluar dari kampung selama berhari-hari dan pulang dengan membawa beg besar yang mencurigakan
4. Perkara ini membuatkan Min Hyeon Uk, detektif polis Seoul yang sedang menyamar di Geosan Gun itu merasa curiga dan berniat untuk menyiasat
5. Rupa-rupanya dia ialah anak kepada Joo Cheol Yong, penggusti Ssireum yang tewas dalam kes pengaturan perlawanan 20 tahun lalu
6. Dalam kes itu, ayah Oh Du Sik dituduh sebagai suspek ,namun kemudian dilepaskan dan didapati tidak bersalah kerana kekurangan bukti
7. Oh Yo Gyeong mengesyaki suspek sebenar kes pengaturan perlawanan itu adalah Choi Chil Seong, Joo Mi Ran mungkin mengetahui fakta ini
8. Beberapa kelakuan aneh Joo Mi Ran membuatkan dia dicurigai memiliki hubungan dengan kes yang membabitkan Choi Chil Seong tersebut
Kebenaran tentang identiti sebenar Joo Mi Ran mengundang Oh Yu Gyeong/Oh Du Sik untuk menemuinya. Adakah Joo Mi Ra akan menganggap ayah Oh Du Sik sebagai penyebab kematian ayahnya, atau dia sebenarnya mengetahui fakta tentang kes yang meragut nyawa ayahnya 20 tahun lalu?