Home K-History Siapakah Tokoh Wanita Dalam Wang Kertas 50,000 Won Ini

Siapakah Tokoh Wanita Dalam Wang Kertas 50,000 Won Ini

0

Ketika sedang menonton K-drama ‘The Sound of Magic’ sambil makan kerepek, saya melihat adegan watak cerita itu berlari-lari kejar wang not bernilai 50,000 won (sekitar RM 171.14) yang terbang sehingga ke taman tema terbiar.

2 3

Wang kertas coklat kekuningan itu merupakan nilai mata wang tertinggi di Korea Selatan. Ia mengandungi potret seorang wanita dan sebuah lukisan.

3 4

Wanita berkenaan adalah Shin Saimdang (1504-1551). Beliau satu-satunya wanita yang diabadikan dalam mata wang Korea sebagai simbol seorang isteri yang baik dan ibu yang bijak.

1 3

Kerana ketaatannya pada ibu bapa dan kasih kepada anak-anaknya, Shin Saimdang dilihat sebagai model teladan ajaran Confucius yang ideal. Beliau juga merupakan ibu kepada cendekiawan tersohor era Joseon, Yulgok Yi I dalam wang 5,000 won.

4 4

Selain itu, beliau berbakat dalam seni penulisan puisi dan lukisan. Muka depan dan belakang wang kertas dihiasi lukisannya yang berbeza tetapi sama stail. Kebanyakan lukisannya berfokuskan serangga dan tumbuh-tumbuhan.

Sebelum not 50,000 dikeluarkan pada 2009, nilai duit kertas tertinggi adalah 10,000 won (sekitar RM 34.23). Disebabkan inflasi dan pertumbuhan ekonomi yang pesat, kerajaan Korea memperkenalkan not 50,000 won.

Shin Saimdang terpilih sebagai muka depan wang 50,000 won pada 2007. Pemilihan itu dibuat berdasarkan undian orang ramai dan nasihat pakar.

Selain wata wang, kehidupannya turut didedikasikan dalam drama Korea SBS ‘Saimdang, Light’s Diary’. Kejayaannya sebagai artis dan wanita berdikari yang hidup dalam masyarakat patriarki zaman dulu bukan sahaja disanjung di Korea tetapi di seluruh dunia.

5 4

Sumber: [1], [2], [3]