Nur Syafinaz binti Jebat atau dikenali sebagai Fyna Jebat merupakan seorang penyanyi, penghibur dan ahli perniagaan wanita Malaysia. Beliau mula dikenali dalam industri hiburan menerusi lagunya yang berjudul Menangis Lagi pada tahun 2011 yang lalu. Fyna juga merupakan adik kepada Aida Jebat yang pernah bergabung dalam rancangan Famili Duo.
Pada awal tahun 2023, Fyna telah mengesahkan bahawa beliau telah berkahwin dengan bekas jurulatih kelab bola sepak Melaka United FC iaitu Dato’ Zainal Abdin Hassan. Baru-baru ini juga, tular satu pendedahan yang dibuat oleh anak kepada bekas jurulatih kelab bola sepak tersebut mengatakan ayahnya telah menceraikan Fyna Jebat sudah 2 minggu yang lalu.
Menerusi laporan media, Dato’ Zaianl Abidin Hassan seakan mengelak daripada memberi penjelasan mengenai kemulut rumahtangganya. Beliau memaklumkan bahawa dia dalam perjalanan menuju ke lokasi latihan bola sepak dan meminta untuk menghubungi kemudian.
“Nanti hubungi semula, saya tengah memandu nak pergi latihan” -Kata Dato’ Zainal Abidin Hassan
Baru-baru ini juga anak Dato Zainal Abidin Hassan pernah membuat pendedahan diruangan komen yang mengatakan ibunya tidak pernah berdamai dengan mana-mana pihak dan ayahnya juga sudah bercerai dengan isteri kedua. Ramai tidak sangka di mana rumahtangga Fyna Jebat dan bekas jurulatih bola sepak itu tidak sampai setahun.
Sebelum ini Fyna dan madunya telah memilih jalan untuk berdamai selepas isteri pertama bekas jurulatih bola sepak tersebut telah menarik semula laporan yang dilakukan susulan kes gaduh di sebuah kedai makan. Namun dakwaan itu pula di sangkal oleh Zahira yang mamaklumkan ibunya tidak pernah berdamai dengan sesiapa pun termasuklah Fyna.
Netizen turut memberi komen mengenai isu ini, mengatakan tidak sangka hubungan rumahtangga mereka tidak bertahan lama dan tiada angin ataupun ribut. Ada juga yang menjadikan ia sebagai bahan lawak diruangan komen. Serta beberapa netizen yang memberi kecaman kepada Fyna Jebat.
Lihat apa kata orang ramai:
Marissa Musa: Kesian bini dia. Xtau berapa ratus kali dah curang, tapi masih lagi bersabar, bertahan. Pengorbanan isteri yg x pernh suami hargai
Axl Cheraz: Innalillahiwainnailaihirojiun untuk telefon ittew
Semoga ditempatkan di samping orang2 boy iman
Maulhayat Khidir: Kalau dia tak gi berlatih bolasepak, ekonomi negara akan merudum.
Ahmad Reza: Anak2 buah dia pemain bola sepak bkn nya wartawan..nk myibuk hal dia….
Jeff: Hal peribadi tak wajar dicampuradukkan dgn hal kerj
Rogayah: lain kali kalau da tau tu suami org,tk pyh nk kejar sangat tk ke mana je bini tua juga yg di cari,yg muda sebaya tk nk laki org juga yg dia nk ..
PERHATIAN: Pihak Rose Biru tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Biru juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
Sumber: Ohmymedia