Selepas lapan tahun penantian, para peminat drama korea Signal akhirnya menemui titik yang lebih jelas. Musim 2 yang dijanjikan selama ini akhirnya positif akan diterbitkan.
Berdasarkan berita dari portal atas talian Korea Selatan, Insight.co.kr, drama Korea Signal musim 2 ini dikhabarkan akan memulakan penggambaran pada akhir tahun 2024 ini.
Salah seorang pelakon Signal musim 1 iaitu Lee Je Hoon, mendedahkan bahawa dia sudah menerima draft skrip drama tersebut. Berita ini tentu sahaja membuatkan para penonton berharap ketiga-tiga watak utama Signal musim 1 iaitu Lee Je Hoon, Kim Hye Soo, dan Jo Jin Woong boleh kembali bergandingan dalam musim 2.
Sambil menunggu musim 2 ditayangkan, mari sama-sama kita lihat kembali kes-kes jenayah yang pernah diselesaikan dalam Signal musim 1.
1. Kes penculikan dan pembunuhan kanak-kanak
Signal adalah drama yang menceritakan tentang dua orang detektif polis iaitu Lee Jee Han (Cho Jin Woong) dan Park Hae Young (Lee Je Hoon), yang berada di zaman yang berbeza. Mereka berhubung melalui sebuah walkie talkie, dan sama-sama menyelesaikan kes jenayah yang tidak dapat diselesaikan sebelum ini, selama bertahun-tahun kes-kes tersebut tersimpan rapi tanpa penyelesaian.
Kes lama pertama yang disiasat adalah kes penculikan pelajar sekolah yang berakhir dengan terbunuhnya kanak-kanak tersebut. Peristiwa itu terjadi pada tahun 2000, dan belum diselesaikan selama 15 tahun. Detektif Lee Jee Han yang berada di era 2000 bekerja sama dengan Park Hae Young di era 2015. Mereka dibantu oleh detektif perempuan iaitu Cha Soo Hyun (Kim Hye Soo), untuk menyelesaikan kes ini sebelum had masa kes berlalu.
2. Kes pembunuhan bersiri Gyeonggi Nambu
Oleh kerana boleh menyelesaikan kes penculikan kanak-kanak tersebut, Park Hae Young dan Cha Soo Hyun menyertai pasukan penyiasatan kes-kes lama yang belum dapat diselesaikan. Kes kedua yang mereka tangani adalah kes pembunuhan bersiri Gyeonggi Nambu pada tahun 1989.
Kes jenayah yang digambarkan dalam drama bersiri itu diilhamkan daripada kejadian benar yang berlaku di Hwaseong, Wilayah Gyeonggi, Korea Selatan dalam tempoh enam tahun (1986 – 1991). 10 wanita telah dirogol dan dibunuh dalam radius 2km antara seorang nenek berusia 71 tahun hingga seorang pelajar perempuan berusia 13 tahun.
Dalam kes Gyeonggi Nambu, Lee Jee Han baru sahaja menjadi polis. Dia bersama Park Hae Young dan Cha Soo Hyun, kes ini berjaya diselesaikan. Pembunuh tersebut berjaya ditangkap selepas bertahun-tahun lamanya.
3. Kes kecurian dan pecah masuk rumah para pegawai kerajaan
Dalam kes kecurian ini, Detekfif Lee Jee Han mengesyaki pencuri profesional iaitu Oh Kyung Tae. Akibat kes ini, anak Kyung Tae meninggal dunia dan Kyung Tae berakhir di penjara.
Selepas keluar dari penjara pada tahun 2015, Kyung Tae membalas dendam dengan menculik anak anggota dewan yang rumahnya dulu menjadi sasaran kes curi, dan menyebabkan dia dipenjarakan. Dalam zaman ini, Park Hae Young dan Cha Soo Hyun berusaha mengungkapkan kebenaran kes curi ini dengan bantuan Detektif Lee Jee Han di masa lalu.
Detektif Lee Jee Han menyedari ada satu barang curi berupa rantai berlian yang hilang. Cha Soo Hyun dan Lee Jeehan ternyata pernah bertugas di unit yang sama, sebelum Lee Jeehan menghilang pada tahun 2000 dan tidak diketahui keadaannya.
4. Kes pencarian wanita yang hidup kembali
Pasukan penyiasat kes-kes lama menerima permintaan dari seorang lelaki yang ingin memastikan keadaan tunangnya. Tunang lelaki itu yang bernama Shin Da Hye tersebut dinyatakan meninggal dunia 20 tahun lalu. Mayatnya ditemui di sebatang sungai.
Dua puluh tahun kemudian, tunangnya melihat Shin Da Hye di sebuah kafe. Ketika disahkan cap yang tertinggal adalah Shin Da Hye, maka pencariannya dimulakan. Ternyata Shin Da Hye juga dicari oleh Detekfit Lee Jee Han 20 tahun lalu, untuk mengetahui tentang rantai berlian yang hilang dalam kes kecurian dahulu.
5. Pembunuhan bersiri wanita yang kemurungan
Detektif Cha Soo Hyun menjadi mangsa yang terselamat dalam kes pembunuhan bersiri pada tahun 1997. Pembunuhnya menyasarkan wanita-wanita yang kesepian dan nampak kemurungan.
Semasa membantu Detektif Lee Jee Han dalam melakukan penyiasatan, Cha Soo Hyun menjadi mangsa yang hampir terbunuh. Lapan belas tahun kemudian, Cha Soo Hyun bersama pasukan penyiasatan membuka kembali kes ini dan mencari pembunuhnya.
6. Kes rogol beramai-ramai di Bandar Injoo
Dalam kes rogol beramai-ramai di Bandar Injoo, abang Detektif Park Hae Young dituduh melakukan jenayah tersebut dan berakhir bunuh diri. Park Hae Young kemudian meminta tolong Lee Jee Han untuk menyiasat kes abangnya tersebut.
Ternyata kes ini ada kaitannya dengan anak pegawai kerajaan yang terlibat dalam kes curi di rumah pegawai kerajaan yang ditangani oleh Lee Jee Han. Rantai berlian yang selama ini dicari oleh Lee Jeehan ternyata mengandungi bukti kes rasuah para pegawai tinggi kerajaan.
Demikian kes-kes jenayah yang telah ditangani dalam Signal musim 1. Satu perkara misteri di sini adalah lokasi sebenar Lee Jee Han yang masih misteri, walau masa lalunya sudah berjaya diubah. Perkara inilah yang ingin diketahui oleh para penonton pada Signal musim 2 nanti. Sudah tidak sabar bukan?