Home Video Singgah Ke Masjid Untuk Solat, Lelaki Berpakaian ‘Rock’ Tular Di Media Sosial

Singgah Ke Masjid Untuk Solat, Lelaki Berpakaian ‘Rock’ Tular Di Media Sosial

0

Menerusi perkongsian klip durasi pendek ini disiarkan oleh akaun Tiktok audymuaz, dan telah ditular baru-baru ini di media sosial.

Dalam video klip ini menunjukkan di mana seorang lelaki yang berpakaian ‘rock’ menjadi perhatian warganet selepas terlihat beliau berada di sebuah masjid untuk solat. Dikatakan lelaki ini sering dilihat di mana-mana konsert serta beliau merupakan bekas pelajar tahfiz. Video klip ini juga telah tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi netizen.

Screenshot 2023 10 05 214453

Netizen turut memberi komen mengenai video klip ini, mengatakan lelaki sering tersenyum kepada orang ramai ketika berjumpa. Ada juga yang mengatakan beliau merupakan bekas pelajar tahfiz dan tutur katanya sangatlah berbudi bahasa jika berbicara dengan seseorang. Netizen juga memberi pesanan kepada orang ramai bahawa, jangan menilai seseorang daripada luaran.

Perkongsian video klip di Tiktok ini telah mendapat sambutan orang ramai sebanyak 181.9K penonton, 11K sukaan dan 426 komen.

Baca lagi: Jaga Aurat Rakan Ketika Berjalan Di Koridor, Reaksi Wanita ‘Non Muslim’ Ini Dapat Pujian Ramai

Baca lagi: Tolong Tengokkan Anak Istimewa Semasa Program Di Masjid, Kesabaran Pakcik Ini Raih Pujian Ramai

Lihat klip durasi pendek reaksi lelaki ini:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @rosebirumedia

Lihat juga video dibawah:

Lihat apa juga kata orang ramai:

@slaY: ex pljr madrasah..dia ade mslh tu..tapi dia ttp ingt allah

@Hazmin Azli: Mcm buku laa.. Klu baca tajuk saja.. Kita x kan tau isinya..

@Rashidi Ali PKD696: nak masuk syurga bkn dinilai dari segi kopiah dan serban,janji tutup aurat baik akhlak dan akidah terjaga

@Mnwr: Ayah dia pon AJK masjid. Kenai dah.. hati budi memang baik cuma cmtu laaa minat dia..

@azurazue: dia lg kaya dr org yg kt dunia sbb dia kaya dgn cinta Allah

@DDKNY313: Ni dia habaq kat aku, kalau hampa nak tau lah, dia nak kawen, tolong Temukan jodoh untuk dia,

@Nurul: manis senyumannya,dia suka senyum .. budi bahasa tinggi .. selalu jumpa dia d Mydin .. ibu ayah dia sgt baik , semoga Allah selalu lindungi awak dik

@zuwan : umpama MCM nilai rm1 walaupun nilai tu rendah tapi bila kita masuk dlm tabung amal kita dh dpt beribu pahala dekat akhirat kelak nanti

@Azlnaa: plot twist , pakcik cleaner bekas jpam

PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Tiktok dan Instagram